Monday, December 30, 2024

Ketua Menteri Melaka Memasak Kari Ikan

Festival Masakan Warisan Melaka 2024 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 28 Disember lalu. Festival ini berlangsung dari 29 Disember iaitu selama 2 hari. Festival ini merupakan antara acara tahunan yang diadakan oleh jabatan aku. Kini sudah 16 tahun ia dilaksanakan.


Edisi kali ini, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh. Beliau memang gemar memasak. Kalau lihat dalam Tik Tok dan Facebooknya, memang terdapat paparan menunjukkan beliau sedang memasak.

Jadi, sesudah merasmikan festival ini, YAB. Ketua Menteri Melaka telah meluangkan masa dengan menunjukan bakatnya memasak. Kari Ikan merupakan menu yang dimasak. Ya, beliau yang memasak. Dari mula hingga siap hidangannya. Aku lihat sendiri kerana aku berdiri di hadapannya dari mula hingga ke akhir. 

Cuma aku tak sempat nak merasa masakannya. Tapi ramai yang telah merasa memaklumkan sedap masakannya. 

Friday, December 27, 2024

Cendol Jam Besar, Melaka

Tengah hari tadi pergi solat Jumaat di Masjid Kg. Keling. Tak jauh dari tempat kerja aku. Jalan kaki sendirian sahaja dengan melalui di celah-celah bangunan berdekatan Jonker Street. Hari ni tak balik rumah bersolat di dalam kariah.

Dalam perjalanan balik dari solat Jumaat, terserempak dengan seorang kakitangan aku. Kami berjalan seiringan sambil aku mempelawanya pekena Cendol Jam Besar. Dia bersetuju, jadi kami pun ke gerai tersebut. 

Sampai saja, ramai yang sudah beratur untuk memesan cendol atau ABC. Meja pun penuh. Aku minta dia standby untuk memerhati sekiranya terdapat meja kosong sambil aku beratur untuk memesan cendol. Konsepnya beratur, pesan, bayar dan duduk. Ala, layan dirilah tu. 

Aku order 2 mangkuk cendol campur yang berharga RM5.00 semangkuk. Dalam mangkuk tu, macam biasa ada santan dan cendol dicampur dengan kacang merah, jagung, cincau dan agar-agar.


Sedap? Ya sedap. Mana-mana kedai aku pergi jarang jumpa cendol tak sedap. Bagi aku, makan cendol ni biasa je. Takde jumpa lagi cendol yang amat sedap. Rasa semuanya hampir sama je.

Kalau berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka jangan lupa singgah untuk menikmati Cendol Jam Besar. Dekat dengan Rumah Merah (Stadthuys). Seberang jalan pejabat/muzium aku je. 

Terima Hadiah Kalendar 2025 dari Blogger Linda

Tiada apa sangat yang hendak dikatakan. Cuma post ini adalah penghargaan kepada blogger Linda yang telah mengirimkan sebuah kalendar 2025 yang amat menarik untuk aku yang dipilih sebagai salah seorang pemenang bertuah sempena Giveaway 13th Anniversary yang telah beliau anjurkan baru-baru ini.


Kalendar yang cantik dan menarik ini mempunyai 15 keping gambar aku. Jadi ia amat bermakna bagi aku. Lepas penghujung 2025 nanti, masih boleh disimpan untuk kenang-kenangan. 

Terima kasih kepada blogger Linda yang mengirimkan kalendar ini. Reka bentuknya menarik. Mungkin juga blogger Linda ni seorang pereka atau seseorang yang minat mereka bentuk.

Sekali lagi, terima kasih diucapkan. Aku amat menghargainya.