Friday, April 4, 2014

MILOKU SAYANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Memang lama benar tak membeli barangan MILO sekarang. Ekonomi sekarangpun sedang turun naik, jadi berbelanjapun mana yang perlu dan penting saja. Bukan dah tak mahu mengumpul barangan MILO, memang mahu terus mengumpul.

Baru-baru ini aku dapat 4 barangan MILO. Alhamdulillah, satu sen pun tak keluar duit, pasal semua itu orang beri. Bukan tak nak bayar, memang nak bayar tetapi owner kata tak perlu bayar. Mmmm.. Kalau macam tu, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. 

Nak tau apa barangan yang aku dapat? Jom layan gambar MILO ni...


Botol air plastik ini adalah keluaran bagi Sukan Sea pada tahun 1993 di Singapura. Nampak tak bendera Malaysia tu? Sebenarnya botol ini boleh diputarkan di bahagian bendera itu, ia akan memaparkan bendera-bendera negara ASEAN yang mengambil bahagian dalam Sukan Sea 1993.


Gelas kaca sempena Sukan Sea di Singapura pada tahun 1983. Ini merupakan gelas kedua yang aku ada. Gelas yang pertama dulu aku beli dengan harga RM 26.00 sebuah siap dengan pos.


Pelapik yang biasa kita jumpa di kedai-kedai mamak. Janji MILO, semua aku sebat!


Ini pula pelekat MILO. Samalah dengan pelapik MILO tu, biasa jumpa di kedai-kedai mamak. Sama ada ditampal di atas meja atau di dinding kedai.

Thursday, April 3, 2014

CERITA DULU... MASA DIA BERUMUR 3 TAHUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Semalam buat entri pasal hasil seni. Hari ini teringat pula kisah lalu tentang anakku Muhammad Fahim yang menghasilkan suatu seni yang aku sendiri amat kagum. 

Masa itu Muhammad Fahim berusia 3 tahun. Kejadian berlaku pada tengah malam. Dia tersedar dari tidur dan sukar untuk tidur semula. Aku yang berjaga pada waktu itu, memberikan warna, berus dan kertas lukisan dan hasilnya...........









Terhasillah satu lukisan abstrak yang lahir dari pemikiran dan kreativiti seorang kanak-kanak. Kini, lukisan itu sudah siap dibingkaikan dan sudah lebih 3 tahun tergantung di rumah aku. Kalau orang kata "jual ke?", oh tidak, lukisan ni bukan untuk dijual. Biar ia menjadi kenangan buat selama-lamanya.

Ha.. Yang bawah ini siapa berminat, saya akan jual. 


Title : Untitled
Medium : Acrylic
Size : 21 x 21 inch
Size with frame : 29 x 29 inch
Price : RM ***,**.00

Wednesday, April 2, 2014

HASIL SENI PERTAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Mula-mula buka galeri gambar di telefon bimbit untuk mencari gambar untuk membuat entri wordless. Tapi bila ternampak gambar ini, rasa macam tak jadi nak buat entri wordless, nak juga ceritakan serba sedikit.



Inilah hasil seni yang pertama dapat dijual. Tajuk yang aku beri pada lukisan ini ialah The Spinning 9 Balls. Pembelinya seorang berjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Bukan ini saja, beliau ada membeli sebuah lagi hasil seni aku yang bertajuk One And Only

Sebenarnya gambar-gambar hasil seni yang aku buat pernah dipaparkan dalam blog ini, tetapi disebabkan sedikit masalah teknikal, banyak juga gambar-gambar dalam blog aku ini telah hilang.

Gambar di atas adalah semasa aku menghantar lukisan tersebut ke rumahnya. Masa itu beliau baru berpindah ke rumah baharu. Berasa terharu juga kerana hasil seni aku menjadi salah satu objek yang dipamerkan di ruang rumah beliau.

Tapi sekarang, aku sudah agak kurang melukis. Entah mengapa seperti tiada masa. Bukan melukis sahaja, hobi mengumpul barangan Milo pun sudah agak sepi. Tapi baru-baru ini ada juga barangan Milo baharu yang aku baru dapat, cuma belum sempat dipaparkan dalam blog ini.