Tuesday, November 26, 2013

BERBUDI PADA TANAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.




Buah pisang di atas tu adalah hasil kedua kalinya setelah aku menanam pokoknya di belakang rumah. 

Anak pokoknya aku peroleh dari rumah bapa saudara aku di Kepong, KL. Aku hanya ambil sepokok, selepas beberapa bulan ditanam aku mendapat hasil yang pertama. Setelah aku tebang pisang yang telah berbuah tu, dalam beberapa minggu, tumbuh pula anak-anak pokok pisang lebih kurang 5-6 batang pokok.

Apa yang aku nak jelaskan di sini ialah, kalau kita berbudi pada tanah, In Sha Allah suatu hari nanti pasti mendapat hasilnya. Jom bercucuk tanam.. :)

Ops..! Sebenarnya aku pun tak berapa pasti pisang apakah ni. Ini bukan Pisang Tanduk, tapi ada orang beritahu, yang ni ialah Pisang Lang. Betul ke yang ni Pisang Lang?

8 comments:

  1. oo bukan pisang tanduk ek. tapi rupa sama je hehe

    ReplyDelete
  2. Entah, aku pun tak pasti pisang apa. tapi pisang tanduk memang sedap kalau dibuat kerepek. makan, tak hingat dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAH.. KALAU MACAM TU, SAYA PUN NAK BUAT KEREPEK PISANGLAH.. :)

      Delete
  3. entah la pulak..eheh sy pon x tau pisang apa tu tapi rasanya bole buat kerepek tu :)

    ReplyDelete
  4. Klu duduk rumah landed, bolehlah bercucuk tanam. Heheheh....

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.