Thursday, March 3, 2011

TUTORIAL MELETAKAN IKLAN NUFFNANG DI TENGAH-TENGAH TEKS ENTRY

Mula-mula macam biasalah, kita taip entry dahulu.

Lepas sudah taip entry, pergi web nuffnang dan salin kod iklan "Large Rectangle"





Kemudian, kita pergi semula di entry yang ditulis tadi dan "paste" kan kod tersebut di antara teks entry yang kita buat tadi. Tak kisah mana-mana yang kita suka, janji ia di tengah-tengah teks.

Lepas tu maka selesailah sudah.. Iklan akan mula terpapar ditengah-tengah teks entry kita seperti di atas..

Sebenarnya aku pun masih belajar lagi. Tapi atas dasar permintaan dari seorang rakan blogger, Ieda Al-Habsyi yang telah memohon aku buat tutorial ini. Sebelum ini pun ada juga rakan blogger lain yang mohon aku buat tutorial yang sama. Jadinya, di sini aku buatlah tutorial yang tak seberapa ni. Moga dapat panduan dan selamat mencuba..

TUJUAN SEBENAR BERBLOG SEBELUM KENAL NUFFNANG

Sebenarnya, sebelum aku mengenali nuffnang, tujuan aku berblog ialah untuk menulis sajak. Mungkin ada rakan-rakan bloggers yang masih belum membaca sajak-sajak yang aku tulis. Sajak-sajak yang aku tulis tidaklah sepuitis mana, tapi ianya lahir dari apa yang aku fikirkan.

Dulu memang aku gemar menulis sajak dan dulu aku juga menganggotai kumpulan pemuisi jabatan aku yang bernama Kiambang Bertaut ( hehe.. Best tak nama? ). Ada jugalah beberapa kali dijemput untuk membuat persembahan dan menyertai pertandingan. Tapi kini aku dah kurang sedikit menulis sajak dan membuat persembahan malah aku dah tinggalkan kumpulan pemuisi tu untuk beri laluan kepada bakat-bakat baru ( tak pasti meninggalkan atau ditinggalkan :p )




Dulu aku buat blog memang sekadar untuk mem"publish"kan sajak-sajak aku, selepas semua sajak aku dah aku "publish"kan aku berhenti dan tinggalkan saja blog aku. Tapi selepas aku kenal nuffnang barulah aku mula menulis tentang apa-apa yang aku fikirkan dan terus bergiat sehingga kini.

Kalau kalian nak baca sajak aku yang tak seberapa ni bolehlah klik di tajuk-tajuk sajak di bawah ni :

MERDEKAKAH KITA


3 JAM DI KEDAI KOPI

WALI LANANG

LIMA DALAM GENGGAMAN

DUHAI ANAK (DEDIKASI UNTUK ANAKKU MUHAMMAD FAHIM)

MELAKA... (NEGERIKU)


IMPIAN GAZA... PALESTIN

KASIHAN TUAH KASIHAN JEBAT

DULU KINI

KAU, AKU, SAMA

HARI BINGIT

AKU SEDANG PUASA

ANDAI KATA AKU PERGI DULU



MATI SEBELUM TUA

Ajal maut di tangan Allah. Itu adalah pasti, cuma kita tidak tahu bila? Bila agaknya kita akan mati? Samaada kita sempat merasa usia tua, ataupun mati di usia muda mahupun belum sempat tua, dunia sudah kiamat.

Gambar : Google

Sekarang umur dan menjangkau 30 tahun tapi ada beberapa orang juga rakan sekolah sebaya usia aku telah meninggal dunia. Kebanyakannya meninggal kerana kemalangan dan ada juga kerana lemas. Al-Fatihah untuk kalian semua, moga roh kalian dicucuri rahmat-Nya.

Kita yang masih hidup ini wajiblah menurut segala perintah Allah dan jauhi apa yang dilarang-Nya. Ini adalah untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat kelak. Pesanan ini juga turut untuk diri aku sendiri, kerana aku inipun kadangkala leka dan alpa.




Hidup di dunia ini ibarat drama dan hanyalah sementara. Kitalah pelakonnya. Kita yang mencorak skrip dan jalan ceritanya. Moga kita dapat melakonkan aksi-aksi yang baik-baik sahaja dan kearah keredhaan-Nya. Buat apalah kita mahu bermusuh, mencari gaduh, menjadi kebencian orang lain sedangkan kita sendiri tahu kita hidup hanya sementara dan boleh mati bila-bila. Kita bukannya kebal.

Andai kata malam ini kita tidur, sedar-sedar sahaja kita berada di dalam tanah hanya dibaluti kain kapan barulah kita sedar yang kita sudah kembali kepada-Nya dan segala nikmat dunia sudah tidak bererti selamanya, hanya amal ibadat menemani kita.

(Ya Allah, lanjutkanlah usiaku walaupun ku tahu ajal mautku telah Kau tetapkan)