Wednesday, February 1, 2012
Tuesday, January 31, 2012
RUMAH DEMANG ABDUL GHANI @ PENGHULU MAT NATAR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini saya mahu mempromosi dan mewar-warkan sebuah galeri terbaru yang dibangunkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Di harap kepada semua penyelidik dan pengunjung dapat sedikit maklumat seterus melawat galeri ini yang sememangnya unik dari segi seni binanya.
Rumah tradisional ini dipercayai telah didirikan oleh Demang Abdul Ghani bin Penghulu Abdul Majid, seorang hartawan yang keturunannya berasal dari Palembang pada tahun 1831. Penghulu atau Demang merupakan 'Raja Kecil' dan amat dihormati pada waktu itu.
Rumah ini merupakan pusat pentadbiran kampung dan sering digunakan sebagai teempat perjumpaan bagi membincangkan hal ehwal masyarakat.
Tiga generasi penghulu pernah mendiami rumah ini iaitu Penghulu Abdul Majid (1831-1834), Demang Abdul Ghani bin Abdul Majid (1834-1934) dan Penghulu Mat Natar bin Abdul Ghani (1931-1978).
Erm.. Cukuplah saja sedikit maklumat yang diberikan. kalau mahu maklumat lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke Galeri Demang Abdul Ghani ini di Merlimau, Melaka dengan bayaran semurah RM 3.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak.
Monday, January 30, 2012
VAN MINI MILO... MEMANG TERBAIK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Benda yang diimpi-impikan telah sampai kepangkuan saya. Apa benda tu? Sudah tentulah koleksi Van Mini Milo. Dulu masa dia buat promosi, saya hanya berjaya menebus 2 buah Van Mini Milo yang bersaiz besar, sekarang saya baru membeli satu set (6 buah) Van Mini Milo yang bersaiz kecil. Huh, barulah terasa lengkap sedikit.
Saya membelinya di Muday.my. Memang hari-hari saya mengintainya, dan-dan pada satu hari saya dapati ada seorang penjual mahu menjualnya dengan harga yang sedikit murah berbanding yang lain, jadinya saya teruslah membelinya. Selepas ini, saya mahu melengkapkan koleksi Van Mini Milo yang bersaiz besar pula yang masih kurang empat unit.
Di bawah ini disertakan gambar-gambar koleksi Van Mini Milo untuk tatapan bersama : )

Lihat juga koleksi barangan Milo di sini :
-----> BARANGAN MILO
-----> BARANGAN MILO (2)
Van Milo 1950-an
Subscribe to:
Posts (Atom)