Tuesday, February 18, 2014

OH! LAYANG-LAYANG


Layang-layang menongkah arus,
terbangnya tinggi,
mengapai awan nan putih kapas,
langit membiru idaman kalbu,
berkawan sang beburung maha hebat.

Sayup-sayup menoleh ke tanah,
namun tetap meninggikan diri,
apa perlu dilihat ke bawah,
sedang diri sudah jauh di atas,
mari terus menongkah arus,
agar jelas langit nan biru.

Layang-layang menongkah arus,
terbangnya terus jauh meninggi,
andai ada yang melawan,
terus dicantas,
benang kaca rahsia sulit,
didatang lawan terus membelit,
nah! rasakanlah...

Terus menongkah arus,
langit biru hampir digapai,
namun sayang benangnya terputus,
dihembus angin datang melintang,
layang-layang melayang tanpa haluan,
ke kiri ke kanan,
hilang lenyap dari pandangan.

F.B. Mamat
18 Februari 2014
Bukit Katil, Melaka

Monday, February 17, 2014

SEDAPLAH AYAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Balik je kerja tadi anak sulong aku meminta aku buatkan roti dengan resepi istimewa yang aku buat pada hujung minggu yang lalu. Aku tanya "sedap ke?", dia jawab "sedaplah ayah...".

Aku parkir je kereta di depan rumah, anak aku terus ke rumah kawannya iaitu jiran sebelah. Terdengar perbualan anak aku "Along, jom datang kat rumah abang, ayah abang masak roti, sedap.. Lepas kita main kita makan ek., ayah abang nak masak tu.."

Untuk tidak menghampakan, aku masuk je rumah terus sinsing lengan baju. Bahan-bahan semua dah ada, cuma nak buat je. Bukan susah pun.. Tang tung tang tung.., dah siap!


Ringkas je sebenarnya. Roti celup dengan telur dan letaklah daging burger. Hehehe.. Yang ada cili ni aku dan isteri yang makan. Anak aku punya aku buat tanpa cili.

Sekian saja Seminit Bersama Chef Fairus.. :)

Thursday, February 13, 2014

TURUN PADANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Blog tak terusik kerana agak banyak tugasan harian, program dan pameran untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi kalau nak buat program atau pameran. Perancangan dan pelaksanaan perlu dibuat dan mengambil masa untuk di siapkan.

Baru-baru ni baru sahaja selesai membuat Bengkel Mencanting Batik. Sekarang pula sedang berusaha untuk melaksanakan Pameran Fotografi : Melaka Bebas Asap Rokok. Pamerannya nampak ringkas namun persiapan dan aktiviti-aktiviti sampingan juga perlu dibuat antaranya majlis perasmian yang melibatkan VVIP dan juga program sampingan iaitu Sembang Fotografi Dahulu dan Kini.

Bukan sahaja membuat perancangan, aku turut turun padang untuk membantu melaksanakan pemasangan pameran. Aku pun memang suka buat kerja-kerja turun padang ni. Huh.. Dah macam YB pula istilah turun padang ni.

Salah satu bukti si penulis blog turun padang.. Hehehe
Dah.. Tu je nak cerita. :)