Wednesday, February 15, 2012

MENGEJAR BAYANG : LAMPU JALAN





Dulu-dulu, tiada lampu jalan. Jalanpun tidak berturap, tetapi orang terdahulu masih boleh menunggang kereta lembu, kereta kuda dan berjalan di waktu malam. Hanya api andang yang menyuluh perjalanan. Tetapi kini, kita perlu bersyukur kerana adanya lampu-lampu jalan bagi kegunaan kita semasa memandu di waktu malam.

Tuesday, February 14, 2012

WORLD PRESS PHOTO EXHIBITION





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi Unit saya kerana terdapat beberapa acara yang diadakan. Kalau sebelum ini Unit saya telah menjayakan Perasmian Galeri Demang Abdul Ghani dan Pameran War Is A Crime, dan kini satu lagi pameran akan diadakan di Balai Seni Lukis Melaka iaitu Pameran World Press Photo.

Pameran ini adalah anjuran bersama Kedutaan Belanda dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang akan berlangsung pada 14 Februari 2012 sehingga 22 Februari 2012.

Jadi, apa tunggu lagi... Marilah beramai-ramai datang melihat pameran yang mempunyai gambar-gambar yang memberikan seribu satu makna dan persoalan di minda. Ingat! Ia berlangsung di Balai Seni Lukis Melaka iaitu dalam satu bangunan Muzium Belia.

Jom layan antara gambar yang dipamerkan :











Aikks!! Ada pula terselit gambar ni.. Konon-konon.. ;)

Monday, February 13, 2012

MENGEJAR BAYANG : JANGAN BUKA SUKA-SUKA






Kita, kalau nak buka pintu kereta tu janganlah main buka sahaja. Lihat juga ke belakang atau cermin sisi. Bila tiada kenderaan lain dari belakang barulah boleh buka. Kalau tidak, mahunya tercabut pintu dilanggar orang. Lagi satu, sekiranya di parkir pastikan tidak terus membuka pintu kereta dengan kuat. Takut-takut terkena kenderaan di sebelah. Naya saja pintu kereta kita bercalar dan kenderaan sebelah juga kemek.

MENGEJAR BAYANG