Showing posts with label perbadanan muzium melaka. Show all posts
Showing posts with label perbadanan muzium melaka. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
 
 
Pada 20 Februari 2013 yang lalu, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), tempat aku bekerja ni baru saja membuka iklan jawatan kosong. Kini, PERZIM membuka lagi beberapa jawatan untuk diisikan bagi memenuhkan penjawatan di Perkampungan Hang Tuah pula.
 
Perkampungan Hang Tuah merupakan satu lagi produk pelancongan yang bakal dibuka tidak lama lagi. Ia terletak di Kampung Duyung di mana terletaknya Perigi Hang Tuah.
 
Antara jawatan kosong yang akan dibuka ialah :
 
a) Kurator S41 (1 kekosongan)
 
b) Pembantu Muzium S17 (1 kekosongan)
 
c) Pembantu Am Pejabat N1 (6 kekosongan)
 
* Taraf jawatan : Kontrak
 
Buat masa ini aku lihat iklan kekosongan ini masih belum dikemaskini di laman sesawang PERZIM, namun bagi sesiapa yang berminat bolehlah kerap membuat semakan di laman sesawang PERZIM untuk maklumat lebih lanjut. Juga boleh membuat semakan di Facebook PERZIM seperti berikut :
 
Laman sesawang : perzim.gov.my
 
 
Sedikit maklumat mengenai Perkampungan Hang Tuah :
 
Perkampungan Hang Tuah terletak di Kampung Duyung, Melaka. Ia didirikan di kawasan yang berkeluasan 40 hektar. Antara bangunan baru yang didirikan di Perkampungan Hang Tuah ini ialah rumah 5 bersaudara iaitu Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir dan Rumah Hang Lekiu.
 
Selain itu, ia juga menempatkan sebuah muzium iaitu Muzium Hang Tuah. Antara bangunan lain yang dibina ialah rumah-rumah tradisional Melayu, auditorium, balai adat dan pentas kebudayaan. Tidak lupa juga pada pembinaan gelanggang silat yang dikatakan bakal menjadi gelanggang silat yang terbesar.
 
Masih dalam proses pembikinan, belum siap 100%

Antara binaan yang terdapat di Perkampungan Hang Tuah
 
Siapa yang dapat tawaran temuduga nanti, mungkin banyak soalan berkaitan Perkampungan Hang Tuah kerana kekosongan yang hendak diisi penempatannya adalah di situ.
 
Jadi, selamat menulis dan menghantar borang dan selamat mencuba. Rezeki itu datangnya dari Allah, belum cuba belum tahu. Semoga berjaya.... :)
 

Tuesday, March 12, 2013

JOM SANTAI-SANTAI MELAWAT PAMERAN SOLO ALLENTAN : TRUEFACES COLLECTION II


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Seni visual atau dahulunya dikenali sebagai seni lukis amat berkembang pesat di Malaysia pada zaman kini. Namun, tidak ramai membeli hasil seni kerana masing-masing beranggapan ianya memerlukan kos yang tinggi. Tetapi kita perlu tahu juga bahawa tidak semua hasil seni itu mahal dan hasil seni juga merupakan suatu yang tidak mudah turun harganya. Ianya akan terus menjadi mahal. Semakin lama semakin mahal.

Ok.. Cukuplah sedikit mukadimmah di atas. Hasrat aku hanyalah untuk mewar-warkan sebuah pameran terbaru yang sedang berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi atau lebih dikenali sebagai Bastion House di Bandar Hilir, Melaka.

Pameran ini dinamakan PAMERAN SOLO ALLENTAN : TRUEFACES COLLECTION II yang berlangsung dari 11 Mac 2013 hingga 30 April 2013. Tiada bayaran masuk dikenakan. Pelukis ini pun bukannya asing, beliau sudah beberapa kali mengadakan pameran solo di sini.

Jika ada kelapangan waktu, aku menyusun karpet merah menyemput semua ke pameran ini. Silakan... :)

Lokasi pameran

Antara lukisan yang dipamerkan

Pelbagai tema lukisan

Kuda... Lambang kemewahan


Cukuplah beberapa gambar ini aku sertakan, taruk banyak-banyak nanti orang tak masuk pula ke pameran ni sebab dah tengok gambar dalam blog ni saja.

Wednesday, February 20, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada sesiapa yang berminat untuk bekerja di Muzium? Kalau nak, cubalah mohon pekerjaan kosong di tempat aku bekerja ini iaitu di Perbadanan Muzium Melaka atau singkatannya PERZIM.

Berikut maklumat berkenaan jawatan kosong ini :

Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1
Bilangan kekosongan : 2
Taraf jawatan : Tetap dan kontrak
Jadual gaji : RM 733.54 - RM 1,782.67

Diingatkan bahawa tarikh tutupnya ialah pada 22 Februari 2013. Maaflah kelewatan mewar-warkan maklumat ini. Apa-apapun, cubalah, mana tahu rezeki anda di sini. :)

Maklumat lanjut berkenaan boleh jawatan kosong ini, bolehlah layari laman sesawang Perbadanan Muzium Melaka.

Selamat mencuba.

Thursday, October 25, 2012

PAMERAN SOLO SHAMSUL BAHARIN @ GALERI SENI RAKYAT, MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini saya ingin mempromosikan satu pameran lukisan yang sedang berlangsung di Galeri Seni Rakyat, Melaka yang bertajuk Pameran Solo : Shamsul Baharin. Pameran ini berlangsung di Galeri Seni Rakyat bermula secara rasmi pada 1 November 2012 hingga 1 Januari 2013.

Bagi mereka yang berminat pada seni lukisan, bolehlah hadir untuk melawat pameran ini yang mana, lukisan-lukisan yang dihasilkan adalah dari media cat minyak yang dilukis di atas kanvas. Harga-harga lukisan amat berpatutan bermula dari RM 2,500.00 hingga RM 7,500.00.

Apa yang baiknya, 30 % hasil jualan lukisan-lukisan ini akan didermakan kepada badan-badan amal seperti rumah-rumah anak yatim yang terpilih. 

Di bawah ini saya sertakan gambar pelukis dan beberapa karya yang dipamerkan di Galeri Seni Rakyat, Melaka. Jom Ramai-ramai kita saksikan pameran ini. :) 

Shamsul Baharin

Impastorektif 2

Impastorektif 4

Impastorektif 9

Impastorektif 17

Tuesday, February 14, 2012

WORLD PRESS PHOTO EXHIBITION





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi Unit saya kerana terdapat beberapa acara yang diadakan. Kalau sebelum ini Unit saya telah menjayakan Perasmian Galeri Demang Abdul Ghani dan Pameran War Is A Crime, dan kini satu lagi pameran akan diadakan di Balai Seni Lukis Melaka iaitu Pameran World Press Photo.

Pameran ini adalah anjuran bersama Kedutaan Belanda dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang akan berlangsung pada 14 Februari 2012 sehingga 22 Februari 2012.

Jadi, apa tunggu lagi... Marilah beramai-ramai datang melihat pameran yang mempunyai gambar-gambar yang memberikan seribu satu makna dan persoalan di minda. Ingat! Ia berlangsung di Balai Seni Lukis Melaka iaitu dalam satu bangunan Muzium Belia.

Jom layan antara gambar yang dipamerkan :











Aikks!! Ada pula terselit gambar ni.. Konon-konon.. ;)

Wednesday, February 8, 2012

WAR IS A CRIME





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya mahu mempromosikan satu pameran yang sedang berlangsung di Muzium Sejarah dan Ethnografi a.k.a Stadhuys a.k.a Rumah Merah di Melaka. Pameran ini diberi nama WAR IS A CRIME yang memaparkan peristiwa-peristiwa peperangan dan pembohongan Amerika tentang peristiwa 9/11, serangan ke atas Gaza, Penjara Abu Garip, Peperangan di Rwanda dan sebagainya.

Pameran ini adalah usahasama antara Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka. Pameran ini akan berlangsung bermula 8 Februari 2012 hingga 17 Februari 2012. Pameran ini berlangsung singkat, oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran yang sangat menarik ini.








Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 4, 2011

REKOD!!! ORANG PERTAMA YANG PENCEN




Hari ini 4 Oktober 2011 tercatat satu sejarah penting dalam jabatan aku kerana inilah pertama kali seorang daripada kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bersara. Beliau adalah En. Yaacob Nordin yang bertugas sebagai Pembantu Am Pejabat (PAP) telah memulakan tugas di Perbadanan Muzium Melaka (dahulunya Lembaga Muzium Negeri Melaka) pada tahun 1984. 1984? (aku baru 4 tahun ni)

Semoga Pak Akob sentiasa sihat selalu dan dirahmati Allah. Selamat Bersara Pak Akob.

Ops... Ni Aku, Bukan Aku Yang Pencen...

Pameran Gambar Pak Akob Sepanjang Bertugas di PERZIM Turut Dipamerkan

Antara Gambar Di Pameran Pak Akob

Diarak Menaiki Beca

Sesi Salam Menyalam Dan Tangis Menangis

Takpe Pak Akob, Nanti JUmpa Kat Luar Boleh Minum Kopi, Jangan Sedih-Sedih

Opppsss... Mat Saleh kata, benda atau orang pertama itulah yang akan dikenang sampai bila-bila. Yang kedua, ketiga dan seterusnya, Who cares.... Jadinya, Pak Akob orang yang pertama berpencen di jabatan aku pastinya akan dikenang sampai bila-bila.

Thursday, June 2, 2011

ANTIKUITI

Rasanya belum lama aku bertugas di muzium ni, tapi asyik-asyik kena pindah bahagian atau unit. Ni bukan kerana aku bermasalah tau..? Tapi sudah memang polisi big bos tempat aku kerja yang suka rotate-rotate kakitangan. Kalau dulu mula-mula bekerja aku ditempatkan di Unit Pendaftaran. Dalam unit ini aku bermain dengan aset dan artifak. Mana ada aset dan artifak baru masuk, akulah yang mendaftarkannya bersama kakitangan unit aku yang lain. Mencabar jugalah kerja kat unit ni, memang hari-hari ada kerja. Termasuklah kerja-kerja merekod, meyemak, memeriksa aset dan artifak. Lepas setahun lebih, aku ditukar pula ke Bahagian Pemuziuman. Aku kena uruskan hal-hal muzium. Di sini aku kena urus Unit Muzium Istana Kesultanan Melaka. Dalam unit muzium tu pula ada beberapa pecahan muzium lagi. Kiranya semua 5 buah muzium kena diuruskan. Kalau dulu dekat Unit Pendaftaran aku hanya jaga aset dan artifak, sudah masuk Bahagian Pemuziuman ni, kena pula buat event, buat pengisian muzium baru. Kalau pergi Melaka, pergi cari Muzium Pengangkutan. Muzium ni hasil dari air tangan aku. :) Dan sekarang ni, pada 1 Jun lepas aku ditukarkan pulak ke Bahagian Antikuiti iaitu di Unit Konservasi. Makin bertambah-tambah tugaslah kali ni. Mana taknya, dalam unit ni kitorang kena urus tapak-tapak warisan, rumah-rumah tradisional, projek, makam-makam dan banyak lagilah.. Memang tak duduk pejabatlah aku lepas ni. Kena keluar lawat tapak sajalah. Apa-apapun, tak kisah lah big bos aku nak rotate-rotate kakitangan. Akupun harap aku dapat belajar lebih pasal hal-ehwal dalam pengurusan muzium. Lepas-lepas ni tak taulah pulak kat mana aku tercampak... :)

Saturday, February 26, 2011

FAIRUS BERMAIN TARIAN SINGA

Kenal tak siapa yang bermain Tarian Singa ni..?

Jawapannya...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Akulah.. Sape lagi. :p

Sebenarnya, aku sekarang di Bengkel Mengenali Tarian Singa (1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka. Bengkel yang menarik. Di samping aku dapat belajar sedikit sebanyak tarian singa, aku juga dapat memahami budaya kaum Cina.





Sunday, February 20, 2011

BRITISH CLASSIC BIKE @ MELAKA

Hari ni aku kena menghadiri mesyuarat agong Persatuan Motorsikal Klasik Melaka (PMKM) yang diadakan di dewan Perbadanan Muzium Melaka. Sebenarnya aku ni bukanlah ahli kepada persatuan ini, tapi atas arahan Big Bos aku terpaksalah join mesyuarat ni sekali. Bukan apa, di sini hendak berbincang juga pasal satu festival yang besar yang akan diadakan dengan kerjasama persatuan ini dengan jabatan aku. Oleh itu, aku salah seorang AJK yang dilantik kenalah turut hadir.

Festival yang sedang dirangka ialah Malaysia International Classic Bike Festivall 2011 yang bakal diadakan di Bandar Hilir, Melaka pada 29 April hingga 1 Mei 2011. Jadinya, bagi mereka yang mempunya motorsikal klasik, lebih-lebih lagi motorsikal British adalah dialu-alukan untuk menyertai festival ini. Pastinya gempak...

Nak beli mahal.. Dapat pegang pun jadilah..

Bergaya klasik





Bila nak beli satu ni..?

Barisan motorsikal klasik "British Made"






Friday, September 17, 2010

NOBAT

Nobat ialah sekumpulan alat-alat bunyian khusus untuk upacara dan majlis-majlis diraja. Nobat berasal dari bahasa Parsi bereti sembilan alat. Alat-alat itu adalah seperti gendang nobat, gendang peningkah, nafiri, serunai dan negara. Upacara nobat akan diketuai oleh seorang Ketua Nobat bergelar Tok Setia Guna yang memegang tongkat Mahaguru.


Pemain-pemain alat nobat digelar Orang Kalur. Ketua Nobat dipanggil Kalur Besar kemudian diikuti penghulu (yang bergelar Tok Setia Indera) dan selepas itu Kalur kecil dan yang lainnya Orang Nobat. Alat perkakas nobat ini boleh dibunyikan oleh Orang Kalur sahaja dan tidak sempurna jika dimainkan oleh orang lain. Lagu Nobat disebut ragam. Ragam yang asal ialah Iskandar Dzulkarnain dan Ibrahim Khalil kemudian ditambah ragam-ragam lain seperti Gendang Berangkat, Puteri Mandi Mayang, Dang Gidang, Rama-Rama Terbang Tinggi, Kumbang Si Kumali dan Pandak.


Nobat hanya dimainkan ketika menyambut sesuatu perayaan dan hari-hari besar seperti pertabalan raja, istiadat menjunjung duli, nikah kawin, berkhatan, memberi gelar, menyambut Ramadhan dan peristiwa besar yang lain. Sungguhpun nobat itu dikhususkan kepada raja sahaja namun di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu Duli Yang Dipertuan boleh mengurniakannya pada upacara yang lain seperti menyambut dan menghantar utusan diraja dan memberi hormat dalam perarakan jenazah. Hanya alat perkakas yang dikurniakan itu sahaja yang berbeza yakni mengikut taraf atau pangkat.

Wednesday, September 15, 2010

MARI MELAWAT MUZIUM-MUZIUM DI MELAKA


Tahukah anda, pada tarikh hari ini 15 Oktober 2010 di Melaka mempunyai 28 buah muzium dan galeri yang diuruskan oleh Perbadanan Muzium Melaka. Muzium dan galeri yang terdapat di Melaka adalah : -

1. Muzium Sejarah dan Ethnografi
2. Muzium Belia Malaysia
3. Muzium Pemerintahan Demokrasi
4. Muzium Tuan Yang Terutama
5. Muzium Pendidikan
6. Muzium Sastera
7. Muzium Samudera Fasa 1 (Kapal Flor De La Mar)
8. Muzium Samudera Fasa 2
9. Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia
11. Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
12. Muzium Setem
13. Muzium Rakyat
14. Muzium Layang-Layang
15. Muzium Kecantikan
16. Muzium Islam
17. Muzium Adat Istiadat
18. Muzium Orang Asli
19. Muzium Pertanian
20. Muzium Pengangkutan Melaka
21. Muzium Chitty
22. Muzium Al-Quran
23. Galeri Laksamana Cheng Ho
24. Galeri 3 Dimensi
25. Galeri Seni Rakyat
26. Galeri Melaka
27. Galeri Ketua Menteri Melaka
28. Balai Seni Lukis Melaka

Insyaallah, tidak lama lagi akan bertambah sebuah lagi muzium di Melaka iaitu Muzium Pulau Besar di mana ianya sedang dalam pembinaan dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun ini.

Mengapa perlu ada banyak muzium? Pasti ada pertanyaan ini bermain di dalam minda anda. Jawapan yang paling mudah untuk dijawab ialah, muzium memelihara khazanah, budaya dan warisan. Sekiranya tiadanya muzium-muzium ini, dimanakah peninggalan-peninggalan yang bersejarah ini hendak disimpan? Justeru itu, muzium memainkan peranan penting memelihara dan mempamerkan khazanah yang tidak ternilai ini kepada umum, supaya mereka sedar dan memahami sejarah sesuatu peristiwa, artifak, individu, institusi dan sebagainya.

Bukan sahaja berniat untuk mempamerkan "barangan lama" tetapi muzium juga merupakan pusat penyelidikan bagi para pengkaji sejarah. Kebanyakan pengkaji akan membuat kajian tentang sesuatu artifak, peristiwa bersejarah, sejarah dan senibina bangunan muzium dan sebagainya

Akhir kalam, Melaka bukanlah bermegah-megah untuk menubuhkan muzium yang banyak tetapi ianya bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat, agar mereka tahu sejarah negara dan berharap mereka memperoleh faedah daripadanya.