Showing posts with label koleksi milo. Show all posts
Showing posts with label koleksi milo. Show all posts

Monday, July 15, 2013

GOBOK WARISAN NENEK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau sebelum ni aku ada menceritakan perihal Gobok arwah nenek aku, kini aku ingin berkongsi semula tentang gobok ini yang telah siap diperbaiki atau di dalam bahasa muziumnya, restorasi.

Setelah ianya sudah siap diperbaiki, aku berasa amat puas hati sekali dengan pembuatannya. Kemas dan nampak seperti sedia kala. Kalau dulu cerminnya sudah pecah, papannya dimakan usia, namun kini ianya semuanya telah diperbaiki. 

Aku tak nak bercakap panjang lebar, jom layan saja beberapa gambar gobok / almari ini yang telah diperbaiki.





Amacam! Cantik tak? Satu warisan nenek yang dapat diselamatkan oleh aku sendiri. :) Nak tahu tak apa yang aku isikan di dalam gobok ni? Lihatlah gambar di bawah...


Tuuuu dia... Koleksi barangan MILO aku. Ini pun tak muat. Masih ada lagi koleksi MILO aku yang tak dapat disumbat dalam gobok ni. Pakai nampak, kenalah aku cari gobok-gobok lama lagi.

Thursday, June 6, 2013

MILO : BOTOL KOSONG PUN BOLEH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bila balik ke rumah mak aku, aku biasalah juga singgah ke kedai runcit rakan aku yang terletak kira-kira selang dua, tiga kampung.

Datang melepak saja. Borak-borak. Aku amat bangga dengan pencapaiannya, sanggup berhenti kerja dan membuka kedai runcit. Kini sudah hampir 2 tahun kedainya beroperasi. Baru-baru ni aku datang, ada penambahan baru dibuat bagi membesarkan kedainya. Memang nampak maju kedainya sekarang.

Dalam berborak, mata aku melilau-lilau. Jadi, ternampaklah sebuah botol kosong Coklat Milo Choco Bar. Aku apa lagi, terus pergi ke botol tersebut dan meminta rakan aku menjualnya pada aku. Dia kata aku boleh ambil saja, tak perlu bayar. Lalu diambilnya lagi 2 botol diberikan kepada aku. Jadi 3 botollah aku dapat. Hey.. Sukanya.. :)

Dapat 3 botol.. :)

Choco Bar.. Asalkan Milo aku kebas.. 

Sunday, May 12, 2013

MELUANGKAN MASA BERSAMA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Agak lama juga aku tidak mengeluarkan entri berkaitan Milo. Entri terakhir aku berkaitan Milo ialah Bola-Bola Milo yang telah aku siarkan pada bulan Februari yang lalu.

Nak dijadikan cerita, hari ini aku terdengar Milo ada buat program di Mahkota Parade, Melaka. Aku apa lagi, ajaklah anak bini pergi sama. Aku tahupun sudah terlewat, jadinya lepas Asar barulah aku keluar rumah.

Sampai saja di Mahkota Parade, terus aku tuju ke tapak program Milo tu. Nama programnya ialah Milo Breakfast Movement di mana mereka sedang mempromosikan agar rakyat malaysia bersarapan pagi sebelum ke sekolah atau tempat kerja. Sarapan apa? Sudah tentulah sarapan dengan Milo.


Inilah pintu gerbang untuk masuk ke dalam program ini. Masuk tak kena bayarpun. Masuk saja daftarkan nama untuk mendapatkan hadiah percuma dari Milo.

Namun bukan begitu senang saja untuk mendapatkan hadiahnya, aku kena bermain 3 jenis permainan. Tapi taklah susah mana. 'Kacang' je permainannya.


Tapi sebelum tu, belumpun sempat bermain, kitorang kena 'posing' dulu dengan piala 'saya juara sarapan'. Kata kru yang bertugas, setiap gambar akan dimuatnaikkan di dalam Facebook Milo.

Antara permainan yang aku kena sertai adalah :

Masukan bola dalam jaring.. Kacang je ni.. :)

Main game.. Ni pun kacang jugak.. Bagi anak aku main je..

Akhir sekali masukkan bola sepak dalam gawang gol mengikut soalan yang diberikan (lihat belakang anak aku)
Permainan-permainan tu semua syarat saja. Apa yang penting, mereka telah giat mempromosikan agar rakyat Malaysia mengambil sarapan pagi dengan Milo.

Lepas saja habis bermain, aku pun tebuslah hadiah percuma dengan memberikan tiket yang telah dicap sebagai bukti aku telah sertai semua permainan. Dengan senyuman, amoi tu memberikan aku dua beg goodies Milo (sebab aku gunakan 2 nama, dapatlah 2).


Tipulah kalau aku kata kalau aku tak seronok bila dapat hadiah percuma ni. Ia bertambah lagi keseronokan bila mendapat barangan yang masih belum terdapat dalam koleksi aku, barangnya ialah batch Milo dan beg Milo seperti di dalam gaambar di atas.

Oklah.. Entri ini berakhir di sini. Sekian, terima kasih. :)

Wednesday, February 20, 2013

BOLA-BOLA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah... Benda yang ditunggu-tunggu akhirnya datang bergolek. Apa yang bergoleknya? Inilah Bola Milo Fuze. Puas menunggu ketibaanya di rumah, tapi tak sampai-sampai. Akhirnya sampai setelah tamat Tahun Baru Cina.
 
Mungkin disebabkan cuti Tahun Baru Cina bola-bola Milo Fuze ini lambat sampai ke rumah aku. Almaklumlah, posnya pun bukanlah pos laju, pos domestik saja.
 
Namun, tidak mengapalah, janji ia sampai. Takut juga kalau tertipu. So far, selama aku membeli barangan Milo, tak pernah kena tipu dengan penjual. Alhamdulillah, semuanya berurusniaga dengan cara berhemah dan sempurna.

Nak tahu bagaimana rupa paras dan bentuk Bola Milo Fuze ni? Layan sajalah gambar yang disertakan ini.

Bolanya kecil saja. 3 corak yang berlainan

Wow.. Milo Fuze tu bro.. :)
 

Saturday, February 16, 2013

PASANGAN KEPADA PIRING MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Agak lama juga aku mencari pasangan kepada piring-piring Milo yang pernah aku beli satu ketika dahulu. Boleh klik di sini. Memang dulu aku beli tanpa cawannya, hanya piring saja.
 
Ada juga cari-cari kalau ada sesiapa yang menjual cawannya, tapi harganya agaklah mahal. Jadi aku 'matikan air' sahaja.
 
Kebetulan baru-baru ini teman di fan page Milo / Nescafe ada menawarkan cawan bagi pasangan piring yang aku ada, jadinya aku pun membelinya. Harganya pula tidak terlalu mahal. Aku ambil 5 buah.
 
Jadi kini lengkaplah satu set cawan kopitiam Milo yang pertama aku miliki.
 
Piring sudah bertemu pasangannya...

Bukan hanya cawan kopitiam, aku turut membeli sebuah gelas Milo ais. Tak pastilah gelas ini berapa lama usianya, tahun berapa ia dibuat. Masih belum dibuat research lagi.

Gelas Milo ais

Hari tu aku ada tertinggal untuk memyiarkan sebuah lagi botol air yang aku baru beli. Jadi di sini aku paparkanlah botol air ni. Nampak macam klasik saja. Ada gambar tarzan. Memang menarik. :)

Botol air Milo
 

Sunday, February 10, 2013

MEMBORONG MILO LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dulu pernah sekali aku memborong barangan Milo. Kini sekali lagi aku memborong barangan Milo. Maksud memborong ini ialah aku membeli dengan kuantiti yang banyak. Kalau yang biasa, aku hanya membeli satu atau dua item sahaja dalam satu-satu masa.
 
Lebih terharu barang ini sampai tanpa aku membayar satu sen pun. Eh, iya ke? Aku sebenarnya baru 'booking' barang-barang Milo ni, namun tuannya kata tak mengapa, bayar kemudian. Aku pun apa lagi, dengan segera memberi alamat untuk penjual tersebut mengirimkan barangan Milo tersebut.
 
Kalau tak silap, satu hari lepas tu aku mula terfikir, begitu mudah penjual tersebut mengepos barangan Milo tersebut tanpa ada bayaran daripada aku. Aku pun ber'private message' dengan penjual tersebut dalam Facebook.
 
Kebetulan namanya Cina tapi dalam private mesage dia ada guna perkataan Insyaallah jadi aku pun bertanya. "Konfius... Muslim ke? Adakah kita saling mengenali? Begitu mudah awak mempercayai saya dengan mengepos barangan Milo dahulu tanpa bayaran."
 
Korek punya korek cerita rupa-rupanya beliau merupakan isteri kepada kenalan FB dan blog aku yang juga merupakan seorang mengumpul tegar. Nama dia tak mengapalah aku rahsiakan pasal beliau ni low profile sedikit kata isterinya.
 
Apa-apa pun, layan saja koleksi terbaru aku ini...
 
Adalah sedikit...

Termasuk ni saya sudah ada 4 corak berlainan. Yahooo...

Masuk ni saya baru ada 3 corak berlainan. Satu lagi untuk cukupkan setnya.

Bekasa Minuman Milo Go Further

Botol air. Cantik bukan?
 
Gelas Milo Majlis Kecergasan Kebangsaan

Dapat 4 corak yang berlainan. Yahoo....

Gelas Milo CYC
 
Buku nota Milo bersekali pensil dan pemadam.

Cawan Milo. Antara keluaran terbaru ni.. 

1 set cawan plastik bertutup yang 'cute'

1 set gelas plastik Milo.. Menarik bukan? :)
 
Aduh.. Ada tertinggal gambar pula. Ada lagi 1 botol air Milo yang tidak dimasukkan. Malas pula rasanya nak ambil gambar lagi. Tak mengapalah nanti di entri lain aku ceritakan. :)

Wednesday, January 30, 2013

RAK MILO?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Asal Milo saja aku sebat. Tak kiralah gelas ke, cawan ke, botol air ke atau apa-apa sekalipun barangan Milo, aku akan beli kalau kena dengan harganya.

Baru-baru ni aku membeli sebuah lagi barangan Milo iaitu rak Milo. Rak yang diperbuat dari kertas keras. Kebiasaanya kita boleh lihat rak seperti ini di pasaraya mahupun kedai-kedai runcit.

Sebenarnya rak ini bukanlah untuk menempatkan produk minuman Milo tetapi ianya adalah untuk produk makanan ringan iaitu Milo Choco Bar dan Milo Nuggets.

Aku beli benda ni secara dalam talian melalui rakan di kumpulan Nescafe / Milo di Facebook. Emm.. Makin bertambah koleksi Milo aku ni.

Harapan aku pada satu masa nanti aku nak buat satu sudut Milo di dalam rumah aku. Macam galeri. Mentang-mentanglah kerja kat muzium, rumahpun nak buat macam muzium... Nak masuk rumah aku kena bayar RM 1.00. HeHeHe...




Monday, January 28, 2013

CAWAN MILO PLASTIKLAH PULA..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Biasanya pada era sekarang, kalau kita dapat minum air Milo percuma sama ada di Van Milo ataupun di pasaraya, pastinya ia akan menggunakan cawan kertas Milo. Kalau dahulu, kalau siapa masih ingat, cawannya adalah diperbuat daripada plastik.
 
Kebetulan dalam aku melayari Mudah[dot]my aku terlihatlah pula cawan plastik ini. Melihatkan harga yang ditawarkan adalah murah, aku pun belilah untuk menambahkan koleksi Milo aku yang sedia ada.
 
 
 
Cawan plastik Milo ini adalah keluaran khas tahun 1991 sempena Sukan Sea di Manila. Bayangkan, cawan plastik ini sudah berusia 22 tahun pada tahun ini. Tapi itu tidaklah pelik sangat kerana ada barangan koleksi Milo lebih lama daripada itu.
 
Sekian laporan saya, terima kasih. :)

Thursday, January 17, 2013

MILO : SETELAH LAMA MENYEPI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Hai.. Rasanya sudah agak lama tidak membeli-belah barangan Milo. Hari terakhir saya siarkan entri berkaitan barangan Milo adalah pada 15 Disember 2012 yang lalu iaitu tentang entri INI.
 
Melihatkan rakan-rakan seperjuangan Milo berdesap-desup mengumpul barangan Milo tanpa sempat menoleh kiri, kanan dan belakang, saya seakan sudah ketinggalan ke belakang. Jadinya saya kena bertindak cepat juga agar tidaklah jauh ditinggalkan ke belakang. Ditinggalkan itu pasti, tetapi taknaklah jauh-jauh sangat kena tinggal. Almaklumlah, saya ni pun baru setahun jagung dalam hobi kumpul mengumpul barangan Milo ni.

Baru-baru ini saya ada memborong 1 kotak barangan Milo yang dijual oleh seorang pengumpul. Dengan modal beberapa RM, dapatlah saya membeli barangan Milo ini. Jom lihat....
 
 
Bekas Kedap Udara
 
Bekas Alat Tulis (Sukan Sea Brunei 1999)
 
Botol-Botol Air Milo
 
Botol Air Lagi...
 
Botol Air Milo.. Jom Sedut..
 
Inilah keseluruhan yang saya beli baru-baru ni...
 
Agak-agak lepas ni mana lagi mau disumbatnya....

Saturday, December 15, 2012

MILO : ANTARABANGSA DAN PERCUMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Seronok rasanya dapat barang percuma. Apatah lagi barangan yang diperolehi adalah barang yang saya kumpul.
 
Baru-baru ini saya menerima beberapa barangan Milo yang diberi oleh sedara-mara saya yang berada di Singapura dan seorang lagi yang mengikut suami ke Jepun.
 
Barangan Milo dari Singapura yang saya dapat ialah :
 
Ini dia... Van Milo edisi Singapura. Memang agak berlainan dengan edisi Malaysia

Yoyo ini juga dari Singapura. Saya tidak pasti pula sama ada Malaysia pun ada keluarkan Yoyo sebegini
 
Selain itu saya juga menerima satu pek Milo dari Jepun. Sebenarnya saya minta dengan sedara saya tu melalui chat di FB. Saya minta kalau boleh yang tin punya, namun tin punya tiada, yang ada hanyalah jenis pek. Namun, walaupun pek, saya tetap hargai dan menyimpannya.
 
Pek Milo dari Jepun
Dan satu lagi barangan Milo yang saya terima ialah cawan kertas Milo 100 tahun Nestle. Ini Malaysia punya keluaran, bukan dari negara luar. Mokcu saya dari Kuala Lumpur yang beri.
 
Cawan kertas Milo. 2 biji yang besar tu saya dapat di Marry Brown
 

Wednesday, December 5, 2012

BERSIARAN BERSAMA KOLEKSI MILO TERBARU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Nak bercerita pasal Milo ni, kalau betul-betul memang tak habis ceritanya. Bab kumpul mengumpul ni, selagi ada barang Milo di pasaran yang agak pelik-pelik, lama, terbaru di pasaran, yang murah-murah, sudah pasti saya akan cuba mendapatkannya.
 
Kali ini beberapa lagi barangan Milo yang berjaya saya 'rembat', seperti biasa ada merupakan keluaran terbaru dan ada yang saya beli melalui dalam talian. Kali ini saya tidak membeli di Mudah[dot]My sebaliknya saya membeli di Facebook melalui kumpulan NesCafe / Milo.
 
Jom layan saja koleksi Milo terbaru saya ni...