Wednesday, May 27, 2015

PAMERAN THE FASCINATING STORY OF INDIAN CINEMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berminat menonton filem India? Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Kedutaan India di Malaysia sedang mengadakan pameran THE FASCINATING STORY OF INDIAN CINEMA di Balai Seni Lukis Melaka.

Memaparkan sejarah perfileman India dari awal hingga terkini dari filem Tamil, Malayalam, Bollywood dan sebagainya. 

Jika ada kesempatan, mari pergi melawat ke pameran ini.














Monday, May 25, 2015

ULANG TAHUN 175 PENNY BLACK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Penny Black merupakan setem pos pertama dunia yang dikeluarkan di Great Britain pada 1 Mei 1840. Pada tahun ini 2015, Penny Black menyambut ulang tahunnya yang ke 175.

Negeri Melaka menjadi tapak sambutan ulang tahun ini yang juga terdapat sebuah Muzium Setem satu-satunya yang ada di Malaysia. 



Sir Rowland Hill merupakan individu pencetusnya Penny Black dan sehingga kini, setem digunapakai untuk mengepos surat. 

Wednesday, April 29, 2015

KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS (BAHAGIAN II)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sedang mendapat idea untuk mengarang pantun untuk majlis-majlis yang diadakan di jabatan tempat aku bertugas. Biasalah, aku kadang-kadang diperlukan untuk menjadi pengacara majlis, kerana itulah, perlu sentiasa bersedia. Kalau tidak menjadi pengacara majlis sekalipun, aku perlu membantu untuk menyiapkan teks pengacara majlis. 


Majlis yang dimaksudkan kebanyakkan majlis dalaman jabatan sahaja. Kepada sesiapa yang bekenan dengan pantun aku ni, bolehlah ambil. Tidak dikenakan sebarang bayaran pun.. :)

Dulu pernah juga mengarang pantun untuk majlis. Lihat sini >> KLIK <<

PEMBUKA MAJLIS

Samping songket menyelit sundang,
nampak tampan, gagah, berani,
hadir tuan dijemput diundang,
penyeri majlis kami ini.

Bergetar halkum membaca mentera,
merlimau keris dihujung bilah,
assalamualaikum, salam sejahtera,
majlis dibuka dengan bismillah.

BACAAN DOA

Menyulam tekat di Simpang Ampat,
tekat disemat kancing suasa,
tangan diangkat jari dirapat,
mohon restu Allah yang Kuasa.

Menganyam raga di hari Selasa,
raga diisi buah kuini,
doa dipanjat pada yang Esa,
moga dirahmat majlis ini.

MENYAMPAI KATA ALUAN

Sirih puan di atas papan,
pohon pinang jadi rinduan,
hadirlah tuan tampil ke depan,
mohon disampai kata aluan.

Anak Cina bermain petas,
hingar bunyinya ke Tanjung Tuan,
persila tuan naik ke pentas,
ungkaplah kata-kata aluan.

PERASMIAN MAJLIS

Lautan biru berbatu karang,
tempat bermain ikan bilis,
tuan dijemput bukan sembarang,
jemputan khas merasmi majlis.

Tersergam indah Istana Menanti,
kayunya dibawa dari Melaka,
inilah tika saat dinanti,
majlis dirasmi tirai dibuka.

PENUTUP MAJLIS

Bilah parang lagi diasah,
untuk menebas belakang perigi,
adat bertemu ada berpisah,
lain masa berjumpa lagi.

Menanam padi keliling kota,
kota terletak di Lubok Peringgi,
tamatlah sudah majlis kita,
insya-Allah kelak bersua lagi.

Lihat juga >> KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS <<