Monday, May 9, 2011

GAMBAR-GAMBAR GOOGLE YANG MENARIK

Sesiapa yang biasa melayari Internet dengan menggunakan enjin carian Google pasti akan perasan bahawa logo Google yang dipaparkan di atas kotak kata carian adalah sering berbeza-beza. Memang pandailah Google ni mahu mengambil mood para pelayar Internet untuk rasa lain dari yang lain apabila menggunakan enjin carian mereka. Erm.. Nak tengok gambar-gambar ini, silalah tengok kat bawah ni.. :)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v













Friday, May 6, 2011

TOLONG JANGAN KLIK

Aku sudah kata jangan klik. Kalau nak klik juga, terpulanglah. Janji jangan marah aku nanti.

Tolong Jangan Klik




OSAMA BIN LADEN SEBENARNYA TIDAK MATI?

Dengan cara pengedaran foto palsu tentang kematian Osama bin Laden dan cara pengebumian Osama bin Laden ke dalam laut seolah-olah ada udang di sebalik batu yang dirahsiakan oleh pihak Amerika. Kenapa mahu nak berahsia. Osama bin Laden dikenali serata dunia. Masyarakat dunia semua mahu tahu kebenaran, sama ada memang benar atau tidak orang yang dibunuh oleh tentera Amerika itu adalah Osama bin Laden?


Kalau benarlah yang dibunuh itu adalah Osama bin Laden, aku yakin, beliau memang mati dari segi jasadnya sahaja. Tetapi dalam erti semangat dan perjuangan Osama bin Laden pastinya masih hidup dan segar bugar malah membuak-buak di kalangan pengikut-pengikut setianya.

Ini tidak mustahil sekiranya adanya keganasan-keganasan baru yang akan berlaku akibat tindak balas daripada pengikut-pengikut setia Osama. Tapi benarkah Osama itu ketua pengganas? Kalau betullah dia ketua pengganas, pastinya dalam selang beberapa hari sahaja dari kematiannya mesti akan berlaku tindak balas yang drastik daripada pengikut-pengikutnya. Tapi sehingga kini, tiada apa-apa kejadian membalas dendam dilakukan. Nampak macam tak logik pun ada.

Kalau kita baca forum-forum antarabangsa di Internet yang membicarakan tentang kematian Osama bin Laden, ada yang tidak mempercayai bahawa yang mati itu adalah beliau. Ada yang menyatakan tak akan semudah itu Osama bin Laden dapat dibunuh. Ada juga yang mengatakan ia adalah satu propaganda oleh pihak Amerika bagi mengaburi mata dunia bahawa mereka telah berjaya menewaskan pengganas setelah bertahun-tahun menjejaki Osama bin Laden.

Teringat pula aku tentang 1 dokumentari yang pernah ditayangkan di Astro bertajuk 1o Ways To Kill Bin Laden (kalau tak silap akulah tajuk dia). Pelbagai cara Amerika telah lakukan, dengan kaedah pengintipan, serbuan, letupan, serang hendap dan sebagainya namun tidak berhasil untuk membunuh Osama bin Laden. Tapi kini, kita mendapat berita dengan mudahnya Osama bin Laden dibunuh oleh Amerika. Tempah pertempuran itu pula berdekatan dengan Pusat latihan Tentera Pakistan. Erm.. Macam tak logik jugak lagi ni.

Tidak tahulah nak terima atau sebaliknya berita-berita ini. Kita hanya mampu membaca dan membaca bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penilaian dari masing-masing punya akal fikiran. Wallahuaklam.