Monday, October 18, 2010

I'M NOT POM POM BOY


Sambutan Pengisytiharan Melaka Maju 2010 akan diadakan beberapa hari lagi iaitu pada 20 Oktober 2010 dan bakal dihadiri oleh YAB Datuk Seri Najib di Stadium Hang Jebat, Melaka. Dilihat pelbagai persiapan dilakukan untuk mengadakan sambutan ini dan tak lupa juga raptai pertunjukan-pertunjukan yang akan dipersembahkan kelak.

Dalam mengadakan persembahan, jabatan aku juga telah dipilih untuk melakukan persembahan. Kumpulan koir jabatan aku dan beberapa jabatan yang mempunyai kumpulan koir juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Dalam hati aku ingat kami semua kena buat persembahan nyanyian koir, tapi sebaliknya kami semua dikehendaki menari sambil menggunakan pom-pom. Aduhai.. Tak tahu pula aku kena jadi macam ni. Aku datang raptai siap pakai baju kameja lagi, yang lain pakai t-shirt saja, berpeluh-peluh dibuatnya.

Erm.. Kalau nak tengok persembahan pom-pom nanti, jangan lupa tengok siaran langsung sambutan Melaka Maju 2010 pada malam 20 Oktober ini di TV3. Yang pastinya aku tak akan sertai kumpulan pom-pom ini.

Akhir kalam, I’m Not Pom-Pom Boy…




HOME MADE ICE CREAM (DO IT YOURSELF)


How to make ice cream by yourselff? Peh, speaking London lah pula. Hari ni aku nak ajar bagaimana nak buat ais krim hanya di rumah anda. Resepi ni aku dapat dalam majalah PA&MA, tapi aku sendiri tak pernah buat.. Hehe jangan marah ye..

Mula-mula kita kena sediakan 1 cawan susu berperisa (tak kiralah susu perisa strawberi, susu perisa coklat atau perisa kopi) dan 1 cawan coffee mate. Selepas itu kita campurkan susu berperisa tersebut dengan coffee mate dan kisarkan sehingga berbuih. Setelah itu masukkan ke dalam bekas dan simpan di peti sejuk (tempat ais).

Setelah campuran susu berperisa dan coffee mate tersebut beku, kita keluarkan dari bekas dan kisar semula dengan menggunakan alat pengisar. Selepas tu bolehlah ia dihidangkan dan bolehlah makan.

Nampak macam sedapkan? Lepas ni bolehlah kita sama-sama cuba resepi ini di rumah masing-masing. Pasti lazat. Yummmmmyy...




Friday, October 15, 2010

PROTON INSPIRA DI BUKA UNTUK TEMPAHAN



Inilah dia rupa bentuk Proton Inspira yang hebat digembar gemburkan selama ini. Reka bentuk kereta ini hampir sama dengan model Mitsubishi Lancer GT yang sedang banyak berada di atas jalan raya sekarang. Harga Proton Inspira ini ialah RM 79,888.00 dan kini dibuka untuk tempahan.

So, siapa yang nak beli Mitsubishi Lancer GT tetapi tiada cukup duit, bolehlah beli Proton Inspira ini. Kalau nak beli tu, jangan lupa belikan aku sebuah... :)