Tuesday, April 7, 2009

DUHAI ANAK (DEDIKASI UNTUK ANAKKU MUHAMMAD FAHIM)

Lihatlah Dunia Wahai Anakku
Sesungguhnya Kau Kini Di Alam Nyata
Bukan Dalam Kandungan Ibumu lagi
Bangunlah Anakku
Celiklah,
Tertawalah,
Tangislah,
9 Bulan Lamanya Ku Merindu
Menanti Dengan Setia Kehadiran Dirimu
Senyumku Meleret Panjang Tatkala Waktu Kelahiranmu
Senyum Terukir Di Bibir
Menangis Gembira Tak Terluah Di Hati
Sesekali Terpukau Dengan Kekuasaan Yang Maha Esa
Bila Saat Mana DiKehendaki-Nya
Maka Dengan Kalimah Kun Faya Kun Tiada Siapa Dapat Merubah

Membesarlah Anakku Dengan Walafiat
Akan Kujaga Selagi Ada Kudrat

F.B. Mamat
8 November 2008 (2.30 Pagi)
Bachang, Melaka



LIMA DALAM GENGGAMAN

Satu...
Ucaplah Kalimah Laillahaillallah Muhammadurrasullullah
Nescaya Hidup Pasti Islam
Dosa Dan Pahala Sahaja
Yang Menentukan
Arah Syurga Atau Neraka
Allah Kita Sembah
Muhammad Kita Sanjung
Tunduklah Pada Perintah Allah
Ikutilah Sunnah Muhammad Rasul Allah
Agar Hidup Berterang Iman

Dua...
Solat Yang Lima Jangan Dilupa
Jangan Diabai
Jangan Dileka
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak Yang Wajib
Jangan Diabai
Jangan Dileka
Agar Diri Sentiasa Bersih
Ibarat Mandi Lima Kali Dalam Satu Hari
Yang Sunat Juga Elok Dilaku
Demi Mengukuh Islam Sejati
Demi Membelai Iman Di Hati

Tiga...
Berpuasalah Wahai Umat
Tahan Lapar Dan Dahaga
Di Bulan Ramadhan Bulan Mulia
Bulan Penghulu Segala Bulan
Tahan Nafsu Tahan Gelora
Syaitan dibelenggu Tiada Daya
Amal Ibadat Lebihkan Bulan Mulia

Empat...
Jangan Dilokek Poket Yang Ada
Zakat Jariah Jangan Dilupa
Ingat!
Si Miskin Juga Mahu Terus Hidup Macam Kita
Si Miskin Juga Mahu Terus Bahagia Macam Kita
Jariah Untuk Kebaikan Semua

Lima...
Tunaikan Kewajipan Ke Tanah Haram
Al-Mukaramah Tanah Suci Mekah
Ada Daya Ada Harta
Terbanglah Menuju Ke Bumi Bertuah
Tanah Lahir Nabi Allah
Tanah Lahir Rasul Allah
Tanah Tempat Berkumpul Dunia Islam

Lima Dalam Genggaman
Beza Islam Dan Latnatullah

F.B. Mamat
4 November 2008 (10.35 Pagi)
Bandar Hilir, Melaka



WALI LANANG

Tanggal 17 Rabiul Awal
Tahun 867 Hijrah penuh keramat
Insan Mulia Lahir Ke Dunia Di Bumi Baghdad
Bersalasilah Nasab Rasullullah S.A.W

Syeikh Ismail Nama Terpahat
Disebut Orang Hingga Hujung Hayat
Tanah Melayu Tempat Tujuan
Menyebar Syariat Tak Kira Rakyat Atau Sultan
Berpaksi Islam Menyebar Ajaran

Wali Lanang Gelaran Diberi
Sebagai makna Awliya Allah Punya Semangat Kelakian Sejati
Disebut Orang Guru Kepada Sunan Bonang Dan Sunan Giri
Tanda Tinggi Martabat Diri

Pulau Besar Diutus Haluan
Menjadi Benteng Iman Dan Islam Di Rantau
Berduyun Ahli Jauh Dekat Menuntut Pedoman
Menuju Ke Jalan Allah Yang Benar Aman

25 Tahun Pahit Maung Ditelan
Kini Tiba Seruan Tuhan
Nyawa Diambil Malam 17 Rabiul Awal
Tinggal Zuriat Terus Perjuangan

Semadilah Dia Di Pulau Besar Pulau Misteri
Menjadi Keramah Makam Si Awliya
Dikunjung Orang Saban Hari
Dilawat Orang Minta Itu Ini
Dinazar Orang Tunai Hajat Hati
Allah Jua Yang Maha Mengetahui

F.B. Mamat
28 Oktober 2008 (9.28 Malam)
Kuching, Sarawak