Showing posts with label pameran. Show all posts
Showing posts with label pameran. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

JOM SANTAI-SANTAI MELAWAT PAMERAN SOLO ALLENTAN : TRUEFACES COLLECTION II


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Seni visual atau dahulunya dikenali sebagai seni lukis amat berkembang pesat di Malaysia pada zaman kini. Namun, tidak ramai membeli hasil seni kerana masing-masing beranggapan ianya memerlukan kos yang tinggi. Tetapi kita perlu tahu juga bahawa tidak semua hasil seni itu mahal dan hasil seni juga merupakan suatu yang tidak mudah turun harganya. Ianya akan terus menjadi mahal. Semakin lama semakin mahal.

Ok.. Cukuplah sedikit mukadimmah di atas. Hasrat aku hanyalah untuk mewar-warkan sebuah pameran terbaru yang sedang berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi atau lebih dikenali sebagai Bastion House di Bandar Hilir, Melaka.

Pameran ini dinamakan PAMERAN SOLO ALLENTAN : TRUEFACES COLLECTION II yang berlangsung dari 11 Mac 2013 hingga 30 April 2013. Tiada bayaran masuk dikenakan. Pelukis ini pun bukannya asing, beliau sudah beberapa kali mengadakan pameran solo di sini.

Jika ada kelapangan waktu, aku menyusun karpet merah menyemput semua ke pameran ini. Silakan... :)

Lokasi pameran

Antara lukisan yang dipamerkan

Pelbagai tema lukisan

Kuda... Lambang kemewahan


Cukuplah beberapa gambar ini aku sertakan, taruk banyak-banyak nanti orang tak masuk pula ke pameran ni sebab dah tengok gambar dalam blog ni saja.

Thursday, October 25, 2012

PAMERAN SOLO SHAMSUL BAHARIN @ GALERI SENI RAKYAT, MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini saya ingin mempromosikan satu pameran lukisan yang sedang berlangsung di Galeri Seni Rakyat, Melaka yang bertajuk Pameran Solo : Shamsul Baharin. Pameran ini berlangsung di Galeri Seni Rakyat bermula secara rasmi pada 1 November 2012 hingga 1 Januari 2013.

Bagi mereka yang berminat pada seni lukisan, bolehlah hadir untuk melawat pameran ini yang mana, lukisan-lukisan yang dihasilkan adalah dari media cat minyak yang dilukis di atas kanvas. Harga-harga lukisan amat berpatutan bermula dari RM 2,500.00 hingga RM 7,500.00.

Apa yang baiknya, 30 % hasil jualan lukisan-lukisan ini akan didermakan kepada badan-badan amal seperti rumah-rumah anak yatim yang terpilih. 

Di bawah ini saya sertakan gambar pelukis dan beberapa karya yang dipamerkan di Galeri Seni Rakyat, Melaka. Jom Ramai-ramai kita saksikan pameran ini. :) 

Shamsul Baharin

Impastorektif 2

Impastorektif 4

Impastorektif 9

Impastorektif 17

Thursday, April 26, 2012

PAMERAN 100 TAHUN NESTLE DI SISIMU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siang tadi (25 April 2012) saya bersama 4 lagi rakan sekerja telah berkunjung ke Muzium Negara untuk melawat Pameran 100 Tahun Nestle Di Sisimu. Sebenarnya kebetulan kami menghadiri Wacana Manuskrip Melayu, Hang Tuah : Adiwira Dunia Melayu di Wisma Sejarah dan tamatnya sekerat hari saja, lalu semasa perjalanan pulang, kami singgahlah sebentar ke Muzium Negara.

Idea untuk melawat ke pameran Nestle ini sebenarnya datang daripada saya juga. Iyalah, sayakan salah seorang peminat koleksi Milo, bolehlah dapatkan maklumat mengenai sejarah Milo. Malas mahu cerita banyak, layan saja gambar ini :












Tuesday, February 14, 2012

WORLD PRESS PHOTO EXHIBITION





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi Unit saya kerana terdapat beberapa acara yang diadakan. Kalau sebelum ini Unit saya telah menjayakan Perasmian Galeri Demang Abdul Ghani dan Pameran War Is A Crime, dan kini satu lagi pameran akan diadakan di Balai Seni Lukis Melaka iaitu Pameran World Press Photo.

Pameran ini adalah anjuran bersama Kedutaan Belanda dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang akan berlangsung pada 14 Februari 2012 sehingga 22 Februari 2012.

Jadi, apa tunggu lagi... Marilah beramai-ramai datang melihat pameran yang mempunyai gambar-gambar yang memberikan seribu satu makna dan persoalan di minda. Ingat! Ia berlangsung di Balai Seni Lukis Melaka iaitu dalam satu bangunan Muzium Belia.

Jom layan antara gambar yang dipamerkan :











Aikks!! Ada pula terselit gambar ni.. Konon-konon.. ;)

Wednesday, February 8, 2012

WAR IS A CRIME





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya mahu mempromosikan satu pameran yang sedang berlangsung di Muzium Sejarah dan Ethnografi a.k.a Stadhuys a.k.a Rumah Merah di Melaka. Pameran ini diberi nama WAR IS A CRIME yang memaparkan peristiwa-peristiwa peperangan dan pembohongan Amerika tentang peristiwa 9/11, serangan ke atas Gaza, Penjara Abu Garip, Peperangan di Rwanda dan sebagainya.

Pameran ini adalah usahasama antara Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka. Pameran ini akan berlangsung bermula 8 Februari 2012 hingga 17 Februari 2012. Pameran ini berlangsung singkat, oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran yang sangat menarik ini.








Tuesday, October 4, 2011

SINGGAH MELAWAT PAMERAN KAPAL KARAM DI MALAYSIA





Pagi tadi tepat pukul 8.00 pagi aku dan beberapa lagi rakan-rakan sejawatan telah ke Jabatan Muzium Malaysia di Kuala Lumpur untuk menghadiri taklimat peperiksaan. Kebetulan semasa kami ke sana ada satu pameran sedang berlangsung di Muzium Negara iaitu Pameran Kapal Karam Di Malaysia, jadinya kami tidak melepaskan peluang untuk melihat pameran ini. Pada waktu rehat tengah hari kami semua ke pameran tersebut.

Pameran Kapal Karam ini bukanlah bermaksud kapal yang karam pada zaman sekarang, tetapi kapal yang karam pada waktu lampau. Waktu zaman Portugis dan Belanda di Melaka dan waktu ramai pedagang dari China berdagang dengan Melaka.

Banyak artifak-artifak yang dipamerkan hasil jumpaan dari bangkai kapal yang karam. Tak nak cakap banyak, lihat sajalah gambar-gambar di bawah :

Hai.. Jomlah Melawat Pameran Ni...

Ruang Pameran Yang Menarik

Replika Kapal Juga Dipamerkan

Antara Artifak Yang Dipamerkan

Hasil Jumpaan Dari Kapal Karam

Jumpaan Yang Mengesahkan Wujud Bukti Sejarah

Diorama Kapal Karam Yang Menarik

Permainan Pencahayaan Yang Tenang

Panel-Panel "Write Up" Yang Mesra Pelawat

Ha.. Apa lagi, beramai-ramailah kunjungi pameran ini di Muzium Negara, Anda pasti berpuas hati dan menimba banyak ilmu.

Friday, February 18, 2011

PAMERAN ARTIFAK WARISAN ISLAM DAN CINA

Pameran Artifak Warisan Islam dan Cina sedang berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, Bastion House, Melaka (bersebelahan Kota A'Famosa) ialah satu pameran usahasama antara Perbadanan Muzium Melaka dan Mega Broadcast Venture Sdn. Bhd.

Klik untuk paparan lebih jelas

Pameran ini sedang diadakan dan akan berakhir pada bulan Jun 2011 ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melihat artifak dari Dinasti China yang berusia ribuan tahun. Sekiranya anda berada di Melaka atau mahu berkunjung ke Melaka, jangan lupa untuk melawat pameran ini.

Jumpa di sana... :)



Wednesday, February 16, 2011

PAMERAN LUKISAN 99 MENGAKUI KEBESARANNYA

Pameran Lukisan 99 Mengakui Kebesaran-Nya

Brosur pameran

Bergambar kenangan :)

Jemputlah datang. Pameran ini berlangsung di Muzium Al-Quran. Bersebelahan Masjid Al-Azim, Melaka

Masuk baru RM 2.00 - Dewasa ; RM 0.50 - Kanak-kanak

Inilah pelukisnya Tuan Haji Abdul Ghafur