Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

WE ARE THE CHAMPIONS


Tahniah Malaysia... Aku bangga jadi anak Malaysia. Malaysia tanah tumpah airku.

Syabas diucapkan kepada semua pemain Malaysia yang telah berhempas pulas bermain dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan piala Suzuki AFF akhirnya milik Malaysia buat pertama kali.

Percaturan Rajagopal yang mengetengahkan barisan pemain-pemain muda adalah amat dikagumi. Mereka dilihat lebih bertenaga, pantas dan mantap. Tidak rugi rasanya apabila menghantar mereka mengikuti liga bola sepak di Slovakia dan terbukti mereka banyak belajar. Apalah sangat harga bagi menghantar mereka ke luar negeri sedangkan mereka berjaya mengharumkan nama negara ke segenap ASIAN malahan juga dunia dan yang penting kita semua rasa bangga ke atas kemenangan ini.





Disamping itu, kemenangan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada semangat cintakan negara. Kita puas di provokasi, dihina dan kotak-katikan oleh penyokong Indonesia, namun kita tetap berdiri teguh, menyokong dan sama-sama menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi.

Akhir kalam, besarlah harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat prestasi seperti ini dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kita tidak boleh berundur lagi, ayuh terus ke hadapan wahai wira Malaysia.

Wednesday, December 29, 2010

MARI BUAT RAMALAN BERAPA GOL MALAYSIA VS INDONESIA

Ambil gambar dari : mY@mm Today

Ini saja nak kongsi-kongsi ramalan masing-masing. Siapa yang teka tepat, takde hadiah kerana ini hanya suka-suka sahaja. Rasa-rasa siapa akan menang perlawanan akhir kedua Malaysia lawan Indonesia?





Tekaan aku : Seri

Jaringan : Malaysia 2 Indonesia 2

Korang pulak ramalkan camne?






Tuesday, December 28, 2010

SI PEMANCAR LASER TELAH DIKENAL PASTI (PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA)

Gambar : Pakcik Google

Inilah rupanya si pemancar laser semasa perlawanan akhir pertama antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Mati-mati kita ingatkan penyokong Malaysia yang buat, akhirnya teka-teki telah terjawab. Ultraman rupanya. Terima kasih Ultraman kerana membantu Malaysia.





Ps : Mungkin Ultraman telah menyangkakan bahawa Markus (penjaga gawang Indonesia) adalah seekor raksasa yang mahu memusnahkan bumi.

Monday, December 27, 2010

BOLA SEPAK MALAYSIA DALAM KELAS DUNIA

Gembira rasanya hati apabila melihat Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia. Lebih gembira lagi apabila melihatkan permainan pemain Malaysia banyak berubah. Corak persembahan yang amat menarik. Persembahan yang boleh dikatakan sebagai "world class". Gol-gol yang dijaringkan pula memang "top class".

Harap lepas ini, momentom permainan seperti ini dapat kekalkan dan terus ditingkatkan. Bangga melihat pemain Malaysia, rata-rata umurnya masih muda tetapi mampu menghasilkan permainan yang amat menarik.





Kalaulah dari dulu Malaysia bermain seperti ini, sudah tentu ranking Malaysia dalam bola sepak tak seteruk kini. Aku amat positif dengan pemain-pemain sekarang, mereka boleh pergi jauh. Mereka hanya perlu diasah lagi supaya tajam. Manalah tahu kalau satu hari nanti Malaysia boleh layak ke Piala Dunia, pasti "nang" lah.. Go Malaysia. Malaysia Boleh...

Thursday, October 14, 2010

PENYOKONG BOLA SEPAK YANG TERLAMPAU

Bola Sepak merupakan sukan utama yang diminati oleh segenap warga dunia dan juga tidak ketinggalan masyarakat negara kita, Malaysia. Walaupun sukan ini tidak berapa maju dari segi prestasinya di Malaysia, namun sukan ini tetap menjadi pilihan bagi kebanyakan rakyat.

Tragedi yang menimpa seorang penyokong pasukan Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika rusuhan penonton semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam baru-baru ini melihatkan betapa fanatiknya penyokong bola sepak di negara kita.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Apa perlu kita saling merusuh semata-mata kerana satu perlawanan atau sukan yang dipanggil Bola Sepak? Adakah mereka puas melakukan rusuhan dengan mencederakan orang lain malahan sehingga ada nyawa yang melayang? Perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya setiap pihak memainkan peranan masing-masing dan penonton menjadi seorang yang berdisiplin.

Dalam hal seperti ini pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlulah membuat post mortem selepas perlawanan tersebut. Buat kajian yang terperinci bagi mengelakan perkara ini dari berlaku sekali lagi.

Antara perkara yang mungkin boleh dilaksanakan ialah dengan menambah pasukan keselamatan di kawasan penonton, menjarakkan jurang antara kedua-dua penyokong, mengetatkan kawalan di pintu-pintu masuk stadium, menguatkuasakan peraturan larangan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium dengan cekap, mengharamkan kehadiran penyokong pada pasukan yang mempunyai rekod penyokong yang amat fanatik dan sebagainya.

Mungkin syor-syor di atas amat berat atau sukar untuk diperaktikkan, namun adakah kita mahu melihat ada lagi penyokong yang kehilangan nyawa baru kita terkial-kial mahu mengambil tindakan. Bangkitlah, bangunlah wahai FAM, lihatlah bagaimana pengurusan Bola Sepak di luar negara yang mempunyai prosedur keselamatan yang begitu ketat. Contohilah prosedur mereka yang sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia, bukan sekadar ke luar negara untuk memakan angin.

Bagi penyokong-penyokong pula, jadilah peminat Bola Sepak sejati. Sentiasalah menerima hakikat bahawa bola itu bulat. Kalah atau menang adalah adat bertanding. Biar bersemangat di jiwa dan raga, jangan ditunjukkan secara kekerasan fizikal.

Akhir kalam, majulah sukan untuk negara.