Wednesday, April 2, 2014

HASIL SENI PERTAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Mula-mula buka galeri gambar di telefon bimbit untuk mencari gambar untuk membuat entri wordless. Tapi bila ternampak gambar ini, rasa macam tak jadi nak buat entri wordless, nak juga ceritakan serba sedikit.



Inilah hasil seni yang pertama dapat dijual. Tajuk yang aku beri pada lukisan ini ialah The Spinning 9 Balls. Pembelinya seorang berjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Bukan ini saja, beliau ada membeli sebuah lagi hasil seni aku yang bertajuk One And Only

Sebenarnya gambar-gambar hasil seni yang aku buat pernah dipaparkan dalam blog ini, tetapi disebabkan sedikit masalah teknikal, banyak juga gambar-gambar dalam blog aku ini telah hilang.

Gambar di atas adalah semasa aku menghantar lukisan tersebut ke rumahnya. Masa itu beliau baru berpindah ke rumah baharu. Berasa terharu juga kerana hasil seni aku menjadi salah satu objek yang dipamerkan di ruang rumah beliau.

Tapi sekarang, aku sudah agak kurang melukis. Entah mengapa seperti tiada masa. Bukan melukis sahaja, hobi mengumpul barangan Milo pun sudah agak sepi. Tapi baru-baru ini ada juga barangan Milo baharu yang aku baru dapat, cuma belum sempat dipaparkan dalam blog ini.