Monday, October 24, 2011

GAMBAR KEMALANGAN MAUT SIMONCELLI DI MOTOR GP MALAYSIA





Simoncelli 1987 - 2011

Simoncelli (58) sebelum kemalangan

Tergelincir di atas litar

Dirempuh oleh 2 buah motorsikal

Simoncelli terlantar di litar dengan helmet telah pecah


Malang memang tidak berbau. Walaubagaimana baiknya aspek keselamatan diutamakan, kemalangan memang boleh berlaku. Begitu juga dengan nasib Simoncelli, yang telah meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk dihadapinya semasa perlumbaan Motor GP di Sepang, Malaysia pada 23 Oktober 2011.

Semoga apa yang terjadi ini dapat memberikan pengajaran berguna kepada mat-mat rempit yang suka merempit di jalanan tanpa mempedulikan keselamatan dan nyawa pengguna jalanraya yang lain dan juga nyawa mereka sendiri. Lihatlah, mereka yang profesional ini juga terdedah kepada kemalangan maut, inikan pula kita yang tidak ada apa-apa sebarang peralatan keselamatan.

(Ps : Kebetulan aku pulang dari Kuala Lumpur ke Melaka pada hari tersebut, kelihatan juga banyak motor-motor besar yang kemungkinan baru pulang menyaksikan Malaysia Motor GP menghala ke arah Selatan termasuklah motorsikal dari Singapura. Apa yang bermain pemikiran aku, tidak insaf ke mereka dengan kejadian yang berlaku pada Simoncelli sehingga mereka menunggang motor seperti berlumba di atas litar.)

Friday, October 21, 2011

GAMBAR-GAMBAR DI SAAT KEMATIAN MUAMMAR GADDAFI





Muaamar Abu Minyar Al-Gaddafi (1942 - 2011)

Gambar menunjukan mayat Gaddafi yang mati ditembak di Sirte

Lokasi dipercayai tempat persembunyian Gaddafi

Pengumuman rasmi kematian Gaddafi

Warga Libya meraikan kematian Gaddafi

Antara rakyat yang berpuas hati dengan kematian Gaddafi

Lagi gambar menunjukan warga Libya meraikan kematian Gaddafi

Sepertimana juga di saat Allahyarham Saddam Hussein ditangkap, beliau ditemui di suatu lubang sebagai lokasi pertahanan akhir, begitu juga dengan Muammar Gaddafi, beliau ditemui di tempat persembunyiannya di sebuah lubang lalu dibunuh.

Adakah ia satu kejayaan bagi Libya? Wallahuaklam hanya warganya sahaja yang tahu. Apa-apapun sebagai muslim tidak kira baik atau jahatnya beliau, adalah diharap rohnya dicucuri rahmat.

Sumber gambar : Aljazeera

KLIP VIDEO 3GP

SUATU ANALISA RINGKAS 3GP 


Sebut mengenai Klip Video 3GP sudah pastinya ada diantara kita akan memikirkan sesuatu yang negatif dan yang kotor. Sesuatu yang dikaitkan dengan perkara yang lucah melalui video di telefon bimbit. Namun begitu, kita kadang-kadang harus memikirkan tentang sesuatu yang baik. Berikan informasi yang sebenar tentang 3GP selain daripada memaksudkan 3GP itu adalah perkara yang biru. 


APA ITU 3GP? 


Menurut sumber di Wikipedia berbahasa Melayu ada menyebut bahawa 3GP adalah merupakan satu format multimedia bagi telefon bimbit 3G yang ditakrifkan oleh Projek Perkongsian Generasi Kedua.


Secara mudahnya 3GP adalah satu format video untuk kegunaan di telefon bimbit. Dari perincian tekniknya, 3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14 (MP4) yang direka untuk mengurangkan keperluan-keperluan storan dan jalur lebar bagi kegunaan telefon bimbit. 


Ia menyimpan strim-strim video seperti MPEG-4 Bahagian 2, H.263 atau MPEG-4 Bahagian 10 (AVC/H.264), serta strim-strim audio seperti AMR-NB, AMR-WB, AMR-WB+ atau AAC-LC. Adanya dua piawai yang berlainan bagi format ini : 


i) 3GPP (untuk telefon berasaskan GSM dan boleh mempunyai sambungan nama fail .3gp)


ii) 3GPP2 (untuk telefon berasaskan CDMA dan boleh mempunyai sambungan nama fail .3g2) Kedua-duanya berasaskan video MPEG-4 atau H.263, dan audio AAC atau AMR. Apabila dipindahkan ke sebuah komputer, filem-filem 3GP boleh ditonton pada pelantar-pelantar Linux, Mac, dan Windows dengan masing-masing menggunakan program seperti RealPlayer, QuickTime, dan Media Player Classic. Pemain media VLC juga boleh dipergunakan untuk kesemuanya. 


ADA APA DENGAN 3GP


Memang tidak dinafikan bahawa perkataan atau keyword 3GP merupakan salah satu keyword yang amat popular dalam carian di Internet tidak kira ianya dicari untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya. Antara keywords untuk kegunaan rujukan ataupun kegunaan ialah seperti "3GP wikipedia" , "Download 3GP Software", "3GP Converter", "3GP Video", "3GP Player" dan sebagainya. Manakala yang menginginkan sesuatu yang biru mungkin akan menaip keyword 3GP dan disertakan dengan perkataan-perkataan seperti "LU**H", B*G*L" dan sebagainya. 



FILEM KLIP 3GP

Kepopularan 3GP itu sendiri telah membuahkan idea kepada pengarah filem untuk membuat filem dengan tajuk Klip 3GP. Adakah ini secara kebetulan mahupun pengarah tersebut sudah amat mengetahui bahawa perkataan 3GP itu sendiri mempunyai auranya yang tersendiri bagi menarik orang ramai untuk menonton filem ini. Ataupun ingin membuatkan perasaan tanda tanya pada mereka yang masih tidak mengetahui apa itu 3GP lantaran mereka akan menonton filem ini. 

Tidak pastilah sama ada filem ini adalah sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Seperti yang kita maklum, panggung wayang ini kebanyakkannya dipenuhi oleh golongan muda-mudi. Janganlah katakan filem ini ada unsur nasihat, nasihat ustaz di sekolah pun sukar mereka dengar, inikan pula nasihat datangnya dari sebuah filem. Yang pastinya, bak kata orang yang buruk atau tidak baik itulah yang biasa diikutinya, dan yang baik amat sukar dipatuhi.

HARAPAN 3GP

Semoga apa yang dicoretkan ini sedikit sebanyak maklumat dan pengetahuan tentang 3GP kepada mereka-mereka yang masih belum ketahui apa itu 3GP. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain pemikirannya tentang 3GP. Adios... :)