Saturday, February 5, 2011

MESIR BERGOLAK






Gambar : Pakcik Google

Betul-betul punya besar krisis yang dibuat penyokong anti-residen Mesir, Hosni Mubarak. Inilah yang berlaku apabila rakyat bersuara. Dan inilah yang dikatakan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh Barat. Pada pendapat peribadi akulahkan.., kebebasan bersuara ini boleh, tapi tetap tertakluk dengan peruntukan yang ada dalam undang-undang. Kalau macam ni, senang sajalah. Mana-mana negara yang tidak suka Presiden atau Perdana Menteri, mereka boleh buat demontsrasi jalanan macam ni dan tidak perlu adakan pilihanraya. Kalau dah kacau bilau macam ni, siapa susah? Orang ramai susah, ekonomi tidak dapat dijana, pelancongan lumpuh dan pelbagai-bagai perkara negatif berlaku.

Aku cakap macam ni bukan bermaksud aku ni pro Hosni Mubarak. Tapi bagi aku, ada pelbagai cara lain yang boleh dibuat selain menimbulkan huru hara macam ni.. Masih ada ruang perbincangan. kalau nak gulingkan Presiden pun ada lagi cara yang lebih sopan. pasti ada cara yang terbaik yang boleh dilakukan.

Harapan aku, semoga krisis ini cepat dapat diatasi. Jagan sampai lebih banyak pertumbahan darah berlaku. Si Hosni Mubarak ni pon satu, kalau rakyat dah suruh turun tu, lepaskanlah saja jawatan tu..



TRIBUTE TO GARY NEVILLE







Gambar : Untie Google

Setelah 20 tahun mengabdikan diri dalam pasukan Manchester United, akhirnya pemain pertahanan kanan Manchester United, Gary Neville bersara dalam arena bola sepak. Sumbangannya dalam Man. Utd FC dilihat begitu gemilang sehinggakan dapat merangkul banyak pingat bersama kelab ini. Selain beliau juga banyak kali diberi kepercayaan memakai lilitan kapten di lenggannya.

Dilahirkan dalam Akademi Bola sepak Man. Utd. FC, Neville adalah benar-benar seorang pemain yang setia dan sehingga kini semangat dan sokongannya tidak berbelah bahagi kepada The Red Devil.





Semoga Gary Neville selepas ini terus bergiat di sebalik tabir dalam arena bola sepak. Mungkin satu nanti beliau akan menjadi pengurus pasukan pula seperti bekas pemain-pemain dahulu yang sekarang banyak membimbing pasukan-pasukan di dalam Liga Perdana Barclays.

Selamat Maju Jaya Gary Neville..

Wednesday, February 2, 2011

GONG XI CA FAI TO ALL MALAYSIAN


Selamat menyambut Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua warga Malaysia yang berbangsa Tiong Hwa. Semoga pada Tahun Baru ini lebih bermakna dan menceriakan. Sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini, marilah kita sama-sama meraikan Tahun Baru Cina ini dengan berazam untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum di antara kita. Sesungguhnya penyatuan dan kepelbagaian antara kita merupakan tunjang kepada kestabilan negara.