Thursday, February 24, 2011

KISAH DI SEBALIK KEMENANGAN MALAYSIA KE ATAS PAKISTAN

Yahooo... Malaysia menang lagi.. Kalau dulu Hong Kong menjadi mangsa, kini Pakistan pula. Memang Malaysia Bolehlah kalau camni selalu.


Namun, disebalik kemengan skuad Olimpik negara ke atas Pakistan malam kelmarin, ada lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Pasukan Malaysia sepatutnya boleh mendapat lebih banyak gol berbanding hanya 2 gol sahaja yang dijaringkan. Memandangkan pasukan lawan hanya bermain seramai 10 orang, pasukan negara seharusnya lebih bersemangat dan mengatur strategi bagi menambah bilangan gol sebagai bekalan di Pakistan (perlawanan timbal balik)

Bahagian serangan kelihatan kekurangan idea. Kalau dilihat, sebenarnya banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol tetapi hanya sia-sia kerana bahagian serangan kelihatan sedikit tumpul.

Bahagian tengah juga kelihatan kosong. Tidak banyak pemain memegang bola dibahagian tengah bagi merancang serangan ke atas lawan. Pemain-pemain Malaysia juga kurang mengelecek, bola tidak tahulah samaada mereka kurang mahir ataupun kurang yakin.




Pada bahagian pertahanan pula adalah begitu baik. Namun ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki serta dijadikan pengajaran agar tidak dilakukan lagi pada masa akan datang. Penjaga gol harapan negara iaitu Mohd Khairul Fahmi juga kelihatan telah membuat beberapa kesilapan dengan menendang bola tidak jauh.

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap menang. Menang itu penting dan harap bekalan 2 gol ini memadai sebagai bekalan di Pakistan nanti. Selamat maju jaya Harimau Malaya.. Malaysia Boleh..

Wednesday, February 23, 2011

GAMBAR GEMPA BUMI DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Semalam 22 Februari 2011, Christchurch, New Zealand telah mengalami gempa bumi berskala 6.3 skala Richter. Sehingga kini jumlah kematian dilaporkan ialah sebanyak 65 orang. Di bawah ini disertakan beberapa gambar gemba bumi tersebut untuk tatapan umum sebagai kesedaran betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T. Bila mana Dia mengkehendakkan sesuatu, dengan Kun Faya Kun maka jadilah ia.

Kita di Malaysia ini yang tidak terletak di lingkaran gempa bumi seharusnya bersyukur dan lebih mendekatkan diri kepada Allah semoga kejadian seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Namun kita tetap bersimpati atas apa yang berlaku di sana, semoga semua kerja-kerja pencarian mangsa yang masih hilang dan kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan sempurna.

Bagi pelajar-pelajar Malaysia di sana, harap dapat bertenang dengan musibah ini dan carilah tempat yang selamat untuk berlindung.






Gambar : news.com.au



HAK ASASI ATAU DEMOKRASI?

Peninglah tengok senario politik dunia sekarang. Selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan oleh rakyatnya sendiri kini senario seperti ini berjangkit ke negara-negara arab yang lain. Kini, tiba masa pula pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sedang menerima nasib yang sama dari kebangkitan rakyat.


Apa yang menjadi persoalannya sekarang, apakah lepas ini banyak lagi kebangkitan-kebangkitan rakyat seperti ini akan berlaku di negara-negara lain? Adakah cara membuat demonstrasi boleh menjamin sokongan terhadap bakal kepimpinan yang baru kelak?

Negara-negara Barat terutama Amerika sekarang dilihat amat menyokong tindakan rakyat Libya yang melakukan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan pemimpin mereka. Namun adakah langkah ini betul dikatakan sebagai Hak Asasi? Kalau ia merupakan Hak Asasi bagi rakyat, tapi apakah Hak Asasi bagi seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya. Bukan tidak boleh melakukan demonstrasi, tapi perlulah berdemonstrasi dengan tenang dan aman, bukan dengan melakukan huru hara dan merosakkan harta awam.

Jalan yang baik adalah pilihanraya, iaitu dengan cara Demokrasi. Tengok siapa yang disokong dan dipilih oleh rakyat. Kalau setakat 1 juta rakyat sahaja membangkang dengan melakukan demonstrasi namun ada berjuta-juta lagi yang menyokong pemimpin mereka, adakah patut pemimpin tersebut berundur sebelum masanya?


Jadinya, bagi pemimpin-pemimpin negara yang bergolak dengan kebangkitan rakyat seperti ini, haruslah segera bertindak dengan mengadakan pilihanraya. Sebenarnya, pemimpin tersebut mungkin ditentang oleh beberapa pihak sahaja, namun ramai lagi pihak yang tetap menyokong. Dengan adanya pilihanraya, sekiranya pemimpin tersebut tetap menang, adakah patut dia berundur? Jawapanya tidak, kerana masih ramai yang memerlukan khidmatnya. Sekiranya kalah, barulah boleh berundur. Berundur dengan terhormat, bukan dengan cara yang hina.

Memang adalah satu hak rakyat untuk bersuara, tetapi dalam menjunjung hak tersebut ia tetap tertakhluk pada peruntukan undang-undang. Inilah Hak Asasi yang sebenarnya.