Hari ni aku mau join contest yang dianjurkan oleh
Muhamadazhan kerana dia telah invite aku untuk ke peraduan ini. Jadinya, aku menulis semula sebuah sajak yang pernah aku buat satu masa dahulu, dengan harapan saja-saja mahu join, kalau menang Alhamdulillah... Di sini aku tag 3 orang members
SAHROM ,
AMRY DAN
FAIZ untuk join contest ini. Bagi sesiapa yang mahu join, klik banner di bawah.
IMPIAN GAZA ... PALESTINTerpekik Terlolong Pinta Perhatian
Tiada Siapa Jiran Peduli
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga
Anak Bangsa Seagamaku Berlumuran Darah
Darah Mengalir Membasahi Bumi
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga
Peluru Menghujani Tubuh Yang Tak Berdosa
Bom Bom Meledak Bangunan
Sekolah, Masjid, Hospital Menjadi Lapang Sasar
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga
Apa Yang Ku Ada
Tiada Senjata, Tiada Perisai
Hanya Ketulan Batuan Menjadi Senjata
Hanya Sekujur Tubuh Menjadi Perisai
Dengan Kalimah Allahuakbar Kulempar Batuan Menjadi Peluru
Dengan kalimah Allahuakbar Kutahan Tubuh Menjadi Perisai Syahid
Impianku Allah Menghulur Bantuan
Seperti Ababil Menghapus Latnatullah
F.B. Mamat
9 Februari 2009 (2.55 Petang)
Bandar Hilir, Melaka