Showing posts with label poster. Show all posts
Showing posts with label poster. Show all posts

Tuesday, April 25, 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Yang Terlewat



Dikesempatan ini, saya Fairus bin Haji Mamat, blogger tersohor tanah air ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf juga atas kelewatan ucapan ini kerana aku dah malas nak menulis blog. Haha.. 

Nak mengedit poster pun dah malas. Entah tak tahulah kenapa. Aku suka mengambil gambar, tapi sejak kebelakangan ini, jarang sudah aku mengambil gambar. Dulu, rajin juga ambil gambar dan muat naik ke Facebook, tapi kini sudah jarang sangat. 

Namun, kalian doa-doakanlah agar aku kembali aktif berblog. Kalau tak, buat rugi sahaja aku membayar domain ni tiap-tiap tahun. Haha. Insyaallah, ini cuma sebentar sahaja. Sebab aku kini agak sibuk dengan tugasan di pejabat dan di rumah. Mana taknya, masa bulan puasa hari tu sibuk membantu isteri membuat kuih raya untuk dijual. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan.

Friday, April 7, 2023

Salam Nuzul Quran 1444H


Al-Quran bukan tamat dibaca apabila telah khatam. Ia pembelajaran sepanjang hayat. Ia kitab rujukan. Segala hal berkaitan dunia dan akhirat terkandung di dalam kitab suci ini. Ia dibaca dengan tartil berserta tajwid yang betul, bukan sekadar baca. Sama-samalah kita membudayakan membaca Al-Quran. 

Salam Nuzul Quran buat semua muslimin dan muslimat. 

🤲🏼🤲🏼🤲🏼

Sunday, January 22, 2023

Selamat Tahun Baharu Cina


Kepada rakan dan kenalan kaum Cina tidak kira di mana berada, diucapkan Selamat Tahun Baharu Cina @ Happy Chinese New Year. Semoga tahun baharu ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. 
 

Saturday, December 31, 2022

Baru atau Baharu, Manakah yang Betul?

Masih ramai yang menggunakan Selamat Tahun Baru, sedangkan penggunaan yang sebenarnya ialah Selamat Tahun Baharu. Sekiranya kita sukar untuk membandingkan bagaimana hendak menggunakan baru dan baharu, cuba kita tukarkan ia dalam bahasa Inggeris :

"Baru : just"
"Baharu : new"

Perkataan baru digunakan dalam konteks masa atau waktu contohnya "Saya baru saja tiba." atau "Bapa saya baru sahaja meninggal dunia."

Manakala perkataan baharu merujuk kepada kata sifat kepada kata nama, contohnya "Saya membeli kereta baharu." atau "isteri saya menghadiahkan jam tangan baharu.".

Kedua-dua perkataan ini turut boleh digunakan dalam satu ayat, di mana kita boleh melihat peranan perkataan tersebut : "Saya baru sahaja membeli kereta baharu."
 
Mari sama-sama kita biasakan yang betul, betulkan yang biasa, alah bisa tegal biasa. Apa-apa pun di kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua dengan harapan tahun 2023 bakal memberi sinar kebahagiaan buat kita semua.




Monday, May 16, 2011

BANNER / GAMBAR UCAPAN SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masa rehat tadi ada masa terluang sikit, jadi aku buat beberapa ucapan sempena Hari Guru ni. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah ambil.







Sajak untuk guru >> KLIK <<