Showing posts with label lukisan. Show all posts
Showing posts with label lukisan. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : PROGRAM MELUKIS KARIKATUR @ MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 9 hingga 12 Februari 2013 yang lalu di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ada membuat program sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Programnya ialah MELUKIS KARIKATUR.

Ia bukanlah satu program yang besar, cuma ia program bagi memeriahkan lagi cuti sekolah. Iyalah.., pelawat bukan sahaja boleh melawat ke muzium, mereka juga boleh mengabadikan kenangan mereka dengan lukisan karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis profesional.

Jom layan saja gambar instagram ni...


Pelawat tempatan dan luar amat teruja dengan lukisan karikatur ini

Pelukis sedang tekun melukis

Ramai yang menunjukan minat 

Tak lupa juga pada peminat cilik

Antara lukisan karikatur yang telah disiapkan
Ini pula lukisan karikatur hitam dan putih

Saturday, January 12, 2013

THE LONELY COLORFUL FLOWERS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Nampaknya kali ini berderet-deret entri yang saya terbitkan adalah berkaitan lukisan abstrak yang saya lukis. Harap tiadalah rakan-rakan bloggers yang biasa ke blog ini berasa jemu.
 
Sebenarnya saya baru saja selesai melukis sebuah lagi lukisan abstrak yang bertajuk THE LONELY COLORFUL FLOWERS. Namun, setelah selesai melukis lukisan ini, saya agak buntu untuk meletakkan tajuknya. Setelah puas berfikir, jadinya THE LONELY COLORFUL FLOWERS merupakan tajuk yang saya fikirkan terbaik.
 
Jom layan saja sajalah gambar lukisan ni, saya pun buntu juga nak tulis apa lagi...
 
 
Haaa... Inilah bunganya tu..
 
Bunga bulat-bulat je...
 
Kasi rapat sikit...
 
The Lonely Colorful Flowers

Friday, January 11, 2013

THE SPINNING 9 BALLS #3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah.. Siap juga akhirnya sebuah lukisan abstrak saya yang bertajuk THE SPINNING 9 BALLS #3. Sebenarnya baru semalam saya mula melukis lukisan ini, dan dalam pukul 11.00 malam tadi barulah siap.
 
Nak katakan lukisan seperti ini lama disiapkan tak juga. Tapi kerana saya hanya dapat melukis pada waktu malam, jadinya masa itu agak terbatas. Kalau hendak dicampurkan masa untuk menyiapkan lukisan ini dari semalam hingga ke malam ini, ia mengambil masa kira-kira 7 jam. Perghhh.. Agak lama juga tu. Nampak macam mudah saja kan..
 
Layan sajalah lukisan ni, tak mau cakap banyak....
 
 
New Signature "AFAI"
 
Close Up
 
Another Close Up
 
 
 
 
 
 
The Spinning 9 Balls #3

Thursday, January 10, 2013

THE SPINNING 9 BALLS #3 DALAM PROSES UNTUK DISIAPKAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Macam biasalah, sampai saja mood mahu melukis, saya pun mulalah melukis. Kali ini saya meneruskan kesinambungan karya abstrak THE SPINNING 9 BALLS dan THE SPINNING 9 BALLS #2. Kali ini saya cuba siapkan satu lagi siri THE SPINNING 9 BALLS iaitu THE SPINNING 9 BALLS #3.
 
THE SPINNING 9 BALLS #3 ini menyerupai siri-siri sebelumnya namun saya hanya menggunakan 2 warna iaitu hitam dan putih. Sekali pandang, nampak macam menarik juga warna hitan dan putih ini.
 
Saya mula dari pukul 8.00 malam tadi. Ingatkan nak siapkan malam ini juga. Tetapi mata ini tidak mengizinkan. Sudah mengantuk pula. Mungkin esok-esok boleh sambung lagi.
 
 
The Spinning 9 Balls #3 masih dalam proses pembikinan... :)

Monday, January 7, 2013

ONE AND ONLY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, minta maaflah kalau ada sesiapa yang tak minat seni. Baru-baru ini acapkali saya terbitkan entri berkaitan lukisan yang telah saya hasilkan seperti THE SPINNING 9 BALLS dan THE SPINNING 9 BALLS #2.

Hari ini saya sekali lagi ingin 'menayangkan' satu lagi hasil karya saya bertajuk ONE AND ONLY.





Karya ini merupakan karya abstrak yang mempunyai makna atau gambaran disebaliknya. Ada sesiapa yang perasan tak? Kalau ada sesiapa yang perasan cuba beritahu di ruangan komen, apa yang anda nampak?

Friday, January 4, 2013

THE SPINNING 9 BALLS #2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kalau beberapa minggu dahulu saya telah membuat sebuah lukisan abstrak bertajuk The Spinning 9 Balls, kali ini sekali lagi saya membuat lukisan abstrak yang hampir menyerupai lukisan tersebut dan saya namakan ia The Spinning 9 Balls #2.
 
Sebenarnya saya berkarya adalah semata-mata untuk hobi @ mengisi masa lapang dan ianya hanya untuk digantung di dinding rumah saya. Namun, ada sesuatu yang tidak menyangkakan apabila seseorang telah 'terpikat' dengan lukisan saya yang bertajuk The Spinning 9 Balls dan beliau ingin membelinya.
 
Sekarang karya saya The Spinning 9 Balls telah saya hantar ke kedai untuk membingkaikannya (frame).

Ok, taknak cakap banyak, layan saja lukisan baru saya ini yang bertajuk The Spinning 9 Balls #2. :)

 
The Spinning 9 Balls #2

Friday, December 28, 2012

AKHIRNYA SIAP JUGA "THE SPINNING 9 BALLS"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Baru saja semalam saya membuat entri GIGIH MENYIAPKAN "THE SPINNING 9 BALLS", tak sangka pula dapat menyiapkan hari ini. Ini semua hasil gigih saya membuatnya bermula selepas maghrib hinggalah siap sebentar tadi.

Dan inilah hasilnya...


The Spinning 9 Balls


Buat Bulat-Bulat Saja

Main Conteng-Conteng

Calit-Calit Warna

Campur-Campur Warna Sikit


Budak-Budak Pun Boleh Buat Ni...
 

Akhirnya dapat juga saya gantungkan lukisan ini di ruang tamu rumah. Oppsss... Jangan percaya. Ini bukan rumah saya.. :) Tapi kalau dapat rumah macam ni, pergghhh... memang 'mari'.
 

GIGIH MENYIAPKAN "THE SPINNING 9 BALLS"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sudah dua malam saya berusaha untuk menyiapkan sebuah lukisan abstrak yang bakal saya beri tajuk "THE SPINNING 9 BALLS". Ingatkan malam ini sudah boleh siap, namun mata pula mengantuk.
 
Lepas sudah siap mesti kena "touch-up" sedikit pula nanti. Mungkin hujung minggu ini siaplah.
 
The Spinning 9 Balls
 

Tuesday, December 25, 2012

MINAT MELUKISLAH PULA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Saya tidak pasti sama ada saya benar-benar minat melukis ataupun sekadar suka-suka untuk mengisi masa yang terluang. Bagi sesiapa yang biasa bertandang ke blog saya ini, pasti akan perasan beberapa hasil lukisan yang telah saya lukis.
 
Pada awal pagi Hari Krismas 2012 ini, saya sekali lagi telah menghasilkan sebuah lukisan. Saya gambarkan ia adalah sebuah lukisan abstrak.
 
Kali ini media yang saya gunakan ialah akrilik yang dilukis pada kertas keras. Kebiasaannya, bagi pelukis yang sudah pro, mereka melukis atas kanvas. Tetapi bagi saya yang sekadar hobi ini, gunakan kertas keras saja. Murah pun murah.
 
Sempat tangkap gambar berus lukisan

Baru-baru mula mewarna

Sudah hampir nak siap

Akhirnya... Siap pun...

Tuesday, November 13, 2012

BERMAIN DI CELAH DAPUR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kadang kala saya sendiri pening memikir tentang apa sebenarnya hobi utama saya. Saya suka menulis blog, mengumpul barangan Milo dan lain-lain barangan, dan kini saya mula berminat untuk melukis.
 
Ya, melukis.. Kenapa, tidak percaya ke? Hehe, saya bukanlah pelukis yang mahir, baru saja nak belajar. Saya belajar melalui lukisan-lukisan yang terdapat di Galeri Seni Rakyat dan Balai Seni Lukis Melaka dan juga belajar melalui video di You Tube.
 
Tak mahulah celoteh banyak sangat, layan sajalah aksi-aksi saya di celah dapur semasa menyiapkan sebuah lukisan. :)
 
Proses membuat latar belakang (back ground)

Teknik renjis-renjis bak merenjis air bunga mawar

Tatkala menanti ilham

Pandangan belakang, hampir siap dah ni.. :)

Inilah hasilnya. Lukisan abstrak.
 
Minta pandangan pada semua pembaca blog ini. Komen dengan ikhlas tentang lukisan ini. Kalau kata tak cantik pun tidak mengapa.

Wednesday, September 14, 2011

# 07 WORDLESS (NAK BELI TAK MAMPU, BUAT SENDIRI JE)





Lukisan buat sendiri ni... Nak beli mahal, jadi buat sendiri. Conteng-conteng sikit then gantung di diinding. Ada beberapa lagi lukisan yang belum di framekan. Framepun dah mahal. Ada modal skit lagi nanti nak framekan yang belum diframekan lagi.. :)

Thursday, May 12, 2011

LUKISAN BUDAK BERUSIA 3 TAHUN

Hehe.. "Budak" yang aku nyatakan ni ialah anak aku le... Namanya Muhammad Fahim. Malam tadi dia tidur awal, lepas tu dalam pukul 11 malam dia bangun pulak. Puas suruh tidur, dia tak mau tidur. Akhirnya aku sediakan kertas lukisan, berus lukisan dan warna poster untuk dia melukis.

Nak tau apa yang dia lukis?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






Tuesday, April 19, 2011

BELAJAR MELUKIS

Hahaha.. Tak pandai melukis tapi nak lukis jugak.. Boleh ke? Orang kata kalau minat, tapi kalau tak dimulakan, sampai bila tak akan buat. Jadinya, oleh kerana aku sudah mula minat ke arah bidang seni, aku mulalah belajar-belajar melukis.

Erm.. Nak tengok apa yang aku lukis? Janji erk jangan komen lebih-lebih. Aku budak baru belajar ler...

Tajuk : Lepaskan
Media : Warna air

Tajuk : Fikir
Media : Warna air

Tajuk : Dahaga
Media : Warna air

Tajuk : Lega
Media : Warna air

Tajuk : Kehidupan
Media : Warna air

Tengok tajuk-tajuk tu, agak-agak ada kena mengena tak dengan lukisan? Sebenarnya ada, tapi buat masa ni aku seorang saja yang tahu. Hehe.. Ada makna disebaliknya.

Bagi yang artis profesional tu kalau ternampak lukisan ni rasanya ok tak? Jangan komen lebih-lebih tau, nanti semangat aku turun. :)




Wednesday, March 30, 2011

AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG LEPAS

Bekerja di muzium ni macam-macam perkara dan acara yang boleh dilakukan dan dipelajari. Ni nak cerita sikit masa cuti sekolah baru-baru ni, kitorang di muzium ni tak cuti Sabtu dan Ahad. Ada saja acara yang dijalankan. Iyalah, muziumkan... Masa time cutilah lagi ramai orang datang.

Bagi memeriahkan lagi cuti sekolah yang lepas, di Muzium Samudera Fasa I (Muzium Kapal Flor De La Mar) ada membuat Santai De' Samudera, di mana adalah pelbagai aktiviti jualan dan demonstrasi kraftangan tradisional, antaranya mencanting batik, membuat kasut manik, ukiran kayu dan gasing. Aku yang sememangnya teruja dengan benda-benda camni telah mencuba untuk membuat batik.



Petangnya pulak kitorang kena pergi Majlis Perasmian Lukisan Pelukis-Pelukis Kedah yang dibawa khas dari Kedah Darul Aman. Perasmian ini telah diadakan di Balai Seni Lukis Melaka. Aku pasal lukisan ni, kalau dia tak jemputpun aku datang jugak.. Pasal minat dengan lukisan. Nak beli tak mampu, minatpun cukuplah.. :)