Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, January 10, 2014

KEEP CALM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Permulaan awal tahun yang agak menyibukan dengan tugas-tugas seharian di pejabat. Ditambah lagi dengan tugasan 5S dan mengaudit ISO, huh, agak tidak cukup tangan (konon-konon).

Bukan itu saja alasannya, kekeringan idea untuk menulis juga merupakan salah satu faktor mengapa blog ini seakan tidak terusik, malah aku macam dah malas nak pandangnya. Hehe..

So, apa yang boleh aku katakan......



Namun.. Blog kawan-kawan tidak aku lupakan. :)

Tuesday, January 22, 2013

SAYA ATAU AKU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya atau aku??? Masa mula-mula menulis blog dulu saya menggunakan kata ganti nama diri 'AKU' tapi kemudiaannya saya ubah semula kepada 'SAYA'.

Kini saya berfikir semula, penggunaan kata ganti nama diri 'SAYA' nampak seperti formal dan tak nampak 'mesranya'. Jadinya saya sekali lagi menukar keputusan untuk menggunakan semula perkataan 'AKU' sebagai kata ganti nama diri.


Bermula hari ini, saya akan memulakan semula perkataan 'AKU', harapnya tiadalah kejanggalan bagi mereka yang amat setia bertandang ke blog aku ni.

(Ps : Teringat pula pesan arwah nenek masa kau kecil-kecil dulu. "Jangan cakap 'aku', nanti Hantu Paku datang...")

Thursday, November 1, 2012

WORD VERIFICATION MENYUKARKAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya tidak mahu berkata banyak, cuma saya nasihatkan agar benda alah ini dibuang dari blog supaya penulis blog lain agak keberatan untuk meninggalkan komen di blog kita. Biarlah gambar-gambar di bawah ini menerangkan segalanya.






Friday, May 4, 2012

BLOGGERS DAN FACEBOOKERS JADIKAN BOB KUMAN MATI HIDUP SEMULA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, takziah diucapkan kepada ahli keluarga Bob Kuman di atas kematiannya semalam dan Al-Fatihah saya sedekahkan, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sekiranya ada yang masih ingat, sebelum berita kematian sebenar Bob Kuman ini, terlebih dahulu ada satu khabar angin yang berlaku pada minggu lepas yang mengatakan bahawa Bob Kuman telah meninggal dunia. Padahal, pada masa yang sama beliau sebenarnya masih hidup. Khabar angin tersebut tersebar luas di dunia internet lebih-lebih lagi di laman Facebook.

Ada pengguna yang tanpa usul periksa telah mengongsikan berita tersebut dan terus dikongsi oleh jaringan-jaringan pengguna Facebook yang lain sehingga meletup satu Malaysia mengetahui perkhabaran yang tidak benar itu. Namun, penafian telah dibuat oleh Bob Kuman sendiri melalui rancangan hiburan di televIsyen seperti di Melodi di TV3 dan Gala TV di Astro.

Moral dari kejadian ini ialah, JANGAN SEBARKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG KITA SENDIRI TIDAK TAHU, baik di internet mahupun di apa-apa media sekalipun. Takut nanti boleh jadi fitnah seterusnya orang yang terkena fitnah tersebut pastinya tidak tenang hidup dan perasaannya.

Kini, segalanya telah terbukti, Bob Kuman telah pergi meninggalkan kita dan industri hiburan. Lakonan dan lawaknya pastinya akan dikenang. Beliau adalah seorang pelakon yang hebat, santai dan bersahaja. Sekali lagi, Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sunday, March 18, 2012

PANTUN UNTUK BLOGGERS





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila terbaca entri dari blog Komensen yang bertajuk Blog Pun Ada Peribahasa, saya mula mendapat satu idea untuk menulis dengan gaya yang seakan sama. Namun, saya tidak menggunakan peribahasa sebagai intipati sebaliknya saya menggunakan pantun Melayu yang biasa kita baca atau dengar.

Di bawah ini saya sertakan 10 rangkap pantun untuk kita sama-sama hayati :)

Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Ada Blogger Baru Belajar,
Kalau Salah Mintalah Diajarkan.

Tinggi Tinggi Si Matahari,
Anak Kerbau Mati Tertambat,
Sudah Lama Membuat Entri,
Agar Ada Follower Terpikat.

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba Mengkuang Lalu,
Kalau Nak Menulis Biar Bertempat,
Jangan Pula Masa Bos Berlalu.

Dua Tiga Kucing Berlari,
Mana Sama Si Kucing Belang,
Dua Tiga Blog Boleh Ku Layari,
Mana Nak Sama Dengan Blog Korang.

Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji Di Dalam Perahu,
Disuruh Singgah Aku Turutkan,
Lepas Tu Singgahlah Balik, Jangan Buat Tak Tahu.

Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-Layuan,
Bloggers Duk Singgah Jangan Buat Tak Nampak,
Nanti Blog Kita Pun Sayu-Sayuan.

Puas Saya Bertanam Ubi,
Nenas Juga Dipandang Orang,
Sudah Puas Membuat Entri,
Tapi Kenapa Iklan B.E Tak Datang-Datang.

Buah Langsat Kuning Mencelah,
Senduduk Tidak Berbunga Lagi,
Sudahlah Followers Bertambah,
Jangan Pula Meninggi Diri.

Putik Pauh Delima Batu,
Anak Sembilang Di Tapak Tangan,
Bloggers Jauh Tidak Ketemu,
Jauh Di Mata Di Hati Jangan.

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Blogger Mati Blog Tetap Dijengah,
Entry Yang Baik Dikenang Jua.

Sesiapa yang ada idea lain berkaitan pantun seperti di atas. Jangan segan, jangan malu, komenlah seperti pantun juga. Boleh?

Sunday, January 8, 2012

JOM CARI BLOGGER SETEMPAT





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ni bukan senang sangat nak sertai acara-acara / program yang dianjurkan oleh penulis blog. Tapi hari Ahad yang terlebih masa ni, saya mencuba untuk menyertai satu segmen yang dianjurkan oleh Hasrulhassan.com untuk mencari kenalan setempat. Manalah tahu, di taman saya duduk ini ada juga penulis-penulis blog, bolehlah merapatkan silaturrahim.


Sepertimana kehendak segmen, jadinya saya sertakan peribadi ringkas saya yang diperlukan :

Nama : Fairus bin Haji Mamat

Umur : -+ 30 tahun

URL : fairusmamat.blogspot.com

Lokasi : Taman Merbok, Bukit Katil, Melaka

Harap adalah penulis blog yang setempat dengan saya. Nanti bolehlah lepak-lepak minum kopi malam-malam. ;)

Thursday, September 29, 2011

BAGAIMANA MEMBUAT DUIT DENGAN BLOG





Entry ini ditujukan kepada kawan-kawan yang masih belum tahu akan kelebihan blog selain daripada sekadar blog sahaja. Mungkin ada diantara kita masih belum tahu tentang adanya punca duit dengan blog. Atau ada yang tidak tahu apa-apa pasal blog, bolehlah cuba-cuba mencipta blog dan cuba juga peroleh pendapatan sampingan dengan blog.

Dalam pemerhatian, ada juga terdapat blog-blog yang tiada membuat pengiklanan atau apa-apa punca kewangan di dalam blog mereka. Ini sama ada mereka sengaja tidak mahu berbuat begitu ataupun sememangnya mereka tidak tahu akan adanya punca-punca kewangan ini.

Oleh itu, di sini ingin dikongsikan serba sedikit apa yang boleh membuatkan kita memperoleh pendapatan sampingan dengan blog. (Mungkin ini sudah sering diketahui oleh mana-mana blogger yang sememangnya sudah tahu)

1. GOOGLE ADSENSE

Google, rasanya semuanya tahukan? Syarikat yang besar. Mereka ini juga peroleh pendapatan melalui penjualan ruang iklan. Jadinya, bagi menyebarkan iklan-iklan tersebut, mereka juga memberikan peluang pada para pemilik blog untuk menyebarkan iklan mereka. Sekiranya kita mahu menyiar iklan mereka, perlulah memohon dari mereka dengan mendaftar di Google Adsense dan kita boleh perolehi pendapatan dalam bentuk USD apabila seseorang mengklik iklan di blog kita. Tapi biasanya bukan mudah bagi blog berbahasa Malaysia untuk mendaftar di Google Adsense, biasanya mereka akan berikan kepada blog yang ada kandungan berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang diterimanya.

2. PROGRAM AFFILIATE

Terdapat banyak program affiliate yang terdapat di internet. Pilih sahaja mana yang kita mahu. Kita akan peroleh komisen di atas jualan barang-barang di laman web yang menganjurkan program affiliate ini sekiranya kita mendaftar dan mempromosikan barangan mereka di blog kita. Barang-barang jualan yang biasa terdapat dalam pasaran internet seperti e-book, peralatan komputer, web hosting dan pelbagai barangan lagi.

3. JUAL E-BOOK

Penjualan E-book atau electronic book juga merupakan salah satu cara untuk kita perolehi pendapatan melalui blog. Sekiranya kita berjaya menjual suatu e-book melalui blog kita, kita akan perolehi komisen yang tertentu oleh pemilik e-book tersebut. Seperti program affiliate, e-book juga terdapat pelbagai dan banyak di pasaran. Cuma kita pilih sendiri mana yang sesuai untuk kita jual di blog kita.

4. PENGIKLANAN SYARIKAT PERSENDIRIAN

Selain daripada Google Adsense, ada terdapat banyak lagi syarikat-syarikat pengiklanan persendirian yang menawarkan iklan untuk dipasang ke blog kita. Iklan-iklan yang dipasang ke blog kita akan dibayar melalui jumlah pengunjung yang datang ke blog ataupun pengunjung yang klik ke blog kita. Ini bermaksud, semakin ramai pengunjung ke blog kita, semakin besarlah harapan untuk medapatkan pendapatan yang tinggi. Sebagai contoh terdekat iklan yang ada dalam blog ini ialah dari syarikat Nuffnang, dan ada lagi syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan yang sama.

5. PENJUALAN / SEWAAN RUANG IKLAN

Kita juga boleh menawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk meletakkan ruang iklan di blog kita. Kita boleh meletakan banner atau apa-apa link individu tersebut ke blog kita bagi mempromosikan barangan yang mereka jual. Kadar bayaran jualan / sewaan ruang iklan ini terpulang pada pemilik blog. Kebiasaanya bagi membuat penjualan / sewaan di dalam blog ini ialah bagi blog-blog yang mempunyai pengunjung yang ramai.

Setakat ini saja yang dapat dikongsikan. Pastinya ada banyak lagi cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog. Tapi, ada juga berblog ini sebagai kerja utama atau pendapatan utamanya (ini pada problogger). Pada mereka yang masih belum tahu tentang apa yang dinyatakan di atas harap dapat ilmu yang dikongsikan ini. Bagi yang sudah tahu, anggaplah ia sebagai refresh kembali ilmu yang ada.

Tuesday, September 27, 2011

TIBA-TIBA SAJA BLOG HILANG





Aiseyman.. Tersentap juga aku seketika tadi. Baru saja nak buka blog tetiba blog aku tiada. Lepas login Blogger, dekat dashboard hanya ada followers punya update entry sedangkan tiada menu untuk view blog aku. Memang tergamam seketika.

Klik punya klik last-last keluar arahan menyatakan supaya aku mengisikan nombor telefon bimbit untuk pengesahan login. Then, dalam 5 saat kemudiaan terima SMS verification code dari Google. Selepas tu, aku masukkan verification code dan login seperti biasa. Alhamdulillah, blog aku muncul kembali.

Fuh, memang nasib baiklah. Kalau benar-benar hilang macam mana? Mahu tak tidur malam memikirkannya. Dalam menghadapi situasi seperti ini aku mula berfikir :

1. Selamatkah blog kita?

2. Adakah cara lain untuk membuat back up untuk blog kita?

Bagi sesiapa yang pakar dalam dunia ICT dan tahu cara mengatasinya, harap dapat berkongsi. TQVM.

Thursday, May 26, 2011

B.E TERTINGGI PERNAH DITERIMA

Terlebih dahulu terima kasihlah kepada Nuffnang pasal bagi B.E kat aku. Dan tak lupa juga pada Proton Exora kerana iklannya melekat pada blog aku sejak bulan April lagi. Blog aku ni bukan ramai sangat pengunjungnya, kalau dapat camni selalu kan best.


Sebut pasal B.E ni, alhamdulillah lah kerana setiap bulan blog aku ni mesti ada satu B.E yang Nuffnang beri. Orang kata, kalau ada B.E barulah lebih bersemangat untuk berblog.. :) Tapi ingat, aku ni bukan problogger, jangan nak mintak pada aku tips-tips nak dapatkan B.E dari Nuffnang sedangkan aku sendiri tak tahu macammana.

Oleh kerana Proton Exora ni menaikkan B.E aku, disini aku nak tayangkan gambar Proton Exora bagi mempromosikan kereta ni. Kalau yang nak beli kereta MPV tu, belilah Proton Exora. Kalau ada duit lebih tu, belikan untuk aku satu. :)








Monday, April 11, 2011

STATUS GRITTERATI ATAU GELIHATI?

Aku layan blog, tapi lama tak bukak nuffnang. Last-last baru aku perasan yang status Glitterati yang aku perolehi dari nuffnang telah ditarik semula. So, aku ni sebagai ahli biasa je sekarang tanpa ada apa-apa keistimewaan.

Setelah selidik demi selidik dengan saling berbalas email dengan pengurusan Nuffnang (siap berabuk speaking London), akhirnya aku telah mendapat jawapan kenapa status Glitterati aku ditarik. Rupa-rupanya aku ada copy satu petikan akhbar dan didapati aku telah "mengopy" juga kod iklan daripada salah satu pesaing Nuffnang. Dengan tunjuk ajar dari pengurusan Nuffnang untuk mengesan kod tersebut, aku berjaya temui dan telahpun "mendeletenya".

Tapi sekarang status Glitterati itu belum lagi diberikan. Mungkin ambil masa rasanya. Tengok ni, bukan Glitterati lagi.. Gelihati tak?

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V







Friday, March 25, 2011

B.E TERTINGGI PERNAH DITERIMA

Aku start aktif menulis blog dan terlibat dalam pengiklanan Nuffnang sejak bulan September 2010. Dalam banyak-banyak B.E (bukan banyak pun) yang aku terima, B.E ni lah yang paling banyak sekali yang aku akan terima. Tak banyak mana pun RM 7.29 je..

Harap lepas ni meningkatlah lagi.

Klik untuk paparan yang lebih jelas




Friday, March 18, 2011

WADAH PANGLIMA : SARAT DENGAN INFORMASI

Haa.. Berjumpa kembali dalam segmen "Nak Buat Bloglist, Siapa Nak Angkat Tangan...". Kini aku nak kenalkan satu lagi blogger yang tersenarai dalam bloglist aku iaitu Wadah Panglima.

Wadah Panglima ni memang satu blog yang aku follow dan dia juga follow blog aku juga. Blog dia ni memang sarat dengan informasi dan isu-isu semasa. Ini membuatkan aku begitu teruja untuk mem"follow" blog dia. Yelah, aku ni kurang sikit baca surat khabar, tapi dengan merujuk kepada blog Wadah Panglima, aku dapat mengetahui isu-isu semasa dan maklumat-maklumat yang mungkin aku tidak tahu.

Wadah Panglima

Korang kat luar sana yang ingin menimba ilmu pengetahuan dan mencari isu-isu semasa yang hangat diperkatakan bolehlah melayari blog ini. Pastinya korang akan mendapat sesuatu yang baru yang mungkin kita tak pernah tahu sebelum ini.

Kepada sesiapa lagi yang nak terpapar blog di dalam bloglist aku bolehlah klik di SINI.



BLOGLIST : SUDAH 3, CARI LAGI 7

Semalam aku buat segmen "nak buat bloglist. Siapa nak angkat tangan..." bagi membolehkan bloggers yang berminat untuk dipaparkan ke blog aku. So sekarang sudah ada yang berminat untuk jadi bloglist aku. Yang join ni pun bukan orang lain, kira rapat jugalah berhubung dengan aku dalam dunia blog ni.

Nak kenal siapa antara mereka yang bertiga ni. Tengoklah di bawah ni... :



Bagi menunaikan janji yang telah dicurahkan, aku dengan bangganya memaparkan blog mereka ini ke dalam bloglist aku. Mereka ni kalau tak terpapar dalam bloglist aku pun takpe sebenarnya kerana aku memang selalu datang melawat blog mereka. Macam-macam cerita ada. Korang kalau dah datang melawat blog aku ni, datanglah juga jengok-jengok blog mereka ni.. :)

Aku masih ada lagi 7 kekosongan bloglist untuk diisi. Kalau sesiapa berminat bolehlah klik kat SINI.

Blog 3 orang bloggers telah dipaparkan dalam bloglist aku



Thursday, March 17, 2011

SEGMEN KENALI BLOGGERS BERSAMA AMRY'S BLOG

Entry ini dibuat khas dari permintaan sahabat blogger aku iaitu Khairul Amry atau lebih dikenali sebagai Amry. Beliau adalah pemilik kepada Amry's Blog.

Nama Sebenar :
Fairus Bin Haji Mamat

Nama Glamour Dunia Blog :
Fairus / Fairus Mamat

Kenapa Pilih Nama Glamour Tersebut :
Glamour ke? Takdelah.. Biasa je.

Tempat Kediaman Sekarang :
Bukit Katil, Melaka (kalau melancong kat Melaka bermalamlah disini, katil dah disediakan atas bukit)

Umur :
30 Tahun (muda ke tua ni ha?)

Jantina :
Lelaki (jangan confius.. Taulah ramai juga perempuan nama Fairus)

Status :
Cuba teka.. Dah kahwin lah.. Tapi masih 3 lagi kekosongan.. (orang rumah baca mati aku)

Pekerjaan :
Cuba teka.. Ermm.. Kerajaan... Ermmm.. Muzium... Ermmm... Melaka... Errmm.. Ermm.. Errmm..

Dah Kahwin? Berapa Anak?
Kan dah beritahu tadi.. Masih tiga kekosongan. Anak baru satu. Insyaallah akan ditambah. Rezeki tuhan yang tentukan.

Dah Berapa Lama Dalam Dunia Blogging :
Tahun 2009. Tapi mula bergiat aktif (konon-konon) pada September 2010 (kalau tak silap la)

Niche blog :
Ada yang lahir dari apa yang difikirkan, ada yang suka-suka, ada yang main-main.

Reward / Kejayaan Selama Berada Dalam Dunia Blog :
Takde. Cuma dapat tambah kenalan. (kejayaan juga ni)

Tahap Keterujaan Di Dalam Dunia Blog :
Errmmm... Biasa je. Kadang-kadang teruja juga.



NAK BUAT BLOGLIST. SIAPA NAK ANGKAT TANGAN...

Baru sekarang aku terfikir nak buat BLOGLIST. Jadinya, sebelum aku suka-suka nak buat BLOGLIST ni, aku nak offer pada sesiapa yang berminat. Tak perlu bayar. Percuma je.. Tapi adalah sedikit syarat yang mudah.

Pertama:

Mestilah follower aku.

Kedua:

Buat entry bertajuk "Kenapa Saya Mahu Jadi Bloglist Fairus.com"

* Sila letakkan banner serta link seperti dibawah (letak dibawah tajuk entry)
* Lepas tu tulislah sedikit apa yang korang nak tulis.

fairus.com

Ketiga:

Tinggalkan komen di entry ini beserta link korang.

Senangkan? Ok, kalau berminat bolehlah buat sekarang. Buat masa ini aku mahu 10 orang sahaja. Aku akan pilih mana yang terbaik. (lebih-lebih lagi yang kuat melobi / membodek) :p




Friday, March 4, 2011

BLOG YANG BIASA DILAYARI

Korang semua pastinya ada blog-blog yang biasa dilayari. Begitu juga aku, adalah beberapa blog yang juga followers aku yang biasa aku layari blog diorang dan memberi komen pada entry yang dipublishkan.

Gambar : Google

Di bawah ni aku senaraikan 5 buah blog yang biasa aku layari. Korang juga rajin-rajinlah lawat blog-blog ini ye..

CIKGUTIE

AZZEYATIN

THE EYES OF REDBLOODSNOW

AMRY'S BLOG


WADAH PANGLIMA

Mereka ni juga rajin layari blog aku dan memberikan komen. Jadinya, aku pun kenalah juga sering layari blog mereka dan memberi komen juga. Cerita dan entry-entry mereka ini amat menarik juga. So, jom layan blog mereka. :)




NILAI BLOG AKU RM 7,130.75. KORANG PUNYA BERAPA PULAK?

Dalam aku duk saja melayari Internet, aku perasan pulak satu website yang boleh menilai blog kita. Aku apa lagi, cuba-cubalah untuk menilai blog aku ni. Jadi, inilah hasilnya..

Blog aku hanya bernila RM 7,130.75.. Sangat sedikit jumlahnya berbanding pro bloggers yang lain.. Aku siap copy address beberapa pro bloggers, dan hasilnya, fuh... beratus-ratus ribu.. Nampak sangatlah aku ni masih mentah lagi dalam dunia blog ni.

Sesiapa yang ingin menilai blog mereka, bolehlah layari bizinform



Thursday, March 3, 2011

TUJUAN SEBENAR BERBLOG SEBELUM KENAL NUFFNANG

Sebenarnya, sebelum aku mengenali nuffnang, tujuan aku berblog ialah untuk menulis sajak. Mungkin ada rakan-rakan bloggers yang masih belum membaca sajak-sajak yang aku tulis. Sajak-sajak yang aku tulis tidaklah sepuitis mana, tapi ianya lahir dari apa yang aku fikirkan.

Dulu memang aku gemar menulis sajak dan dulu aku juga menganggotai kumpulan pemuisi jabatan aku yang bernama Kiambang Bertaut ( hehe.. Best tak nama? ). Ada jugalah beberapa kali dijemput untuk membuat persembahan dan menyertai pertandingan. Tapi kini aku dah kurang sedikit menulis sajak dan membuat persembahan malah aku dah tinggalkan kumpulan pemuisi tu untuk beri laluan kepada bakat-bakat baru ( tak pasti meninggalkan atau ditinggalkan :p )




Dulu aku buat blog memang sekadar untuk mem"publish"kan sajak-sajak aku, selepas semua sajak aku dah aku "publish"kan aku berhenti dan tinggalkan saja blog aku. Tapi selepas aku kenal nuffnang barulah aku mula menulis tentang apa-apa yang aku fikirkan dan terus bergiat sehingga kini.

Kalau kalian nak baca sajak aku yang tak seberapa ni bolehlah klik di tajuk-tajuk sajak di bawah ni :

MERDEKAKAH KITA


3 JAM DI KEDAI KOPI

WALI LANANG

LIMA DALAM GENGGAMAN

DUHAI ANAK (DEDIKASI UNTUK ANAKKU MUHAMMAD FAHIM)

MELAKA... (NEGERIKU)


IMPIAN GAZA... PALESTIN

KASIHAN TUAH KASIHAN JEBAT

DULU KINI

KAU, AKU, SAMA

HARI BINGIT

AKU SEDANG PUASA

ANDAI KATA AKU PERGI DULU



Wednesday, February 23, 2011

SEDANG BUNTU!

Aduhai.. Takde idea lah pulak beberapa hari ni tanpa entry-entry terbaru. Tak tahu nak cerita pasal apa. Last entry hari Ahad lepas, means aku tak menulis sudah 3 hari.

Gambar : Google ler..

Tapi, walaupun aku tak buat entry terbaru, aku tetap melawat blog-blog followers aku dan mereka-mereka yang tinggalkan jejak di blog aku. Kiranya aku masih berblog walaupun tidak menulis entry terbaru.

Kepada rakan-rakan folower yang sudi melawat blog ini, aku ucapkan...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Gambar : Google jugak..