Sunday, May 11, 2025

Hari Ibu: Pengajaran Dari Seekor Ibu Gajah

Di sebatang jalan sunyi yang membelah hutan, seekor ibu gajah berdiri kaku. Anaknya yang masih kecil, yang baru mengenal dunia terbaring tidak bernyawa di bawah treler yang besar. Tidak ada raungan. Hanya air mata yang perlahan menitis dari mata seekor ibu yang kehilangan segalanya.


Dia tidak pergi. Dia tetap di sisi. Menunggu. Menanti. Setia.

Hari ini kita menyambut Hari Ibu dan dari alam, kita menerima satu peringatan yang sangat dalam bahawa kasih ibu tidak punya batas, tidak mengenal bahasa dan tidak memerlukan pujian. Ia hidup dalam diam, dalam kesetiaan, dalam keberanian untuk tetap ada saat semua orang telah berlalu pergi.

23 comments:

  1. Ya Allah! Inikah kisah ibu gajah yang tidak berganjak diteoi teller yang melanggar anak gajah du Gerik itu?

    ReplyDelete
  2. Sedih pulak tengok video viral tu.

    ReplyDelete
  3. Viral betul cerita gajah ni hari ni..sedih sungguh kan 😭

    ReplyDelete
  4. Tak sanggup nak tengok video yg viral tu

    ReplyDelete
  5. Peristiwa yang menyentuh hati. Kena pula kejadian berlaku dekat dengan Hari Ibu.

    ReplyDelete
  6. Kisah sedihhh
    Bukti kasih sayang yg tak bertepi

    ReplyDelete
  7. Kisah sedih
    Bukti kasih sayang ibu yg tiada tandingannya

    ReplyDelete
  8. Sedih sungguh kisah gajah ni.. basah lah mata dibuatnya..

    ReplyDelete
  9. Macam mana agaknya keadaan ibu gajah tu..sedangkan kita manusia ni hilang ibu pun dh macam apa kan..

    ReplyDelete
  10. Saya blm bisa lihat video atau fotonya. Pertama kali lihat, langsung menangis lama. Tak kuat lah...😭..

    ReplyDelete
  11. Sedihnya. Tak boleh tengok video tu, auto rasa sebak dan sedih. Kasihnya seorang ibu.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.