Saturday, May 10, 2025

Keunikan Geologi Tanjung Balau: Menyingkap Rahsia Alam yang Tersembunyi

Minggu lalu, aku berpeluang ke Tanjung Balau untuk menghadiri mesyuarat di KEJORA. Aku menginap semalaman di sana dan keesokan harinya menghadiri mesyuarat seperti dijadualkan. Selesai mesyuarat, aku meluangkan masa melawat Muzium Nelayan  seterusnya ke Tapak Geologi di Pantai Tanjung Balau yang terletak di belakang muzium tersebut.

Mengikut pembacaan aku pada papan tanda yang terdapat di Tapak Geologi tersebut dapatlah aku rungkaikan geologi ialah kajian saintifik mengenai bumi, termasuk struktur, komposisi dan proses yang membentuk serta mengubahnya. Ia turut melibatkan kajian tentang kehidupan lampau seperti haiwan dan tumbuhan yang pernah wujud di bumi. Geologi membantu kita memahami perubahan bahan, bentuk permukaan dan kehidupan sepanjang sejarah bumi.

Tanjung Balau dikenali sebagai lokasi penting dalam bidang geologi kerana menyimpan pelbagai jenis batuan purba. Kawasan ini mempunyai batu metasedimen berusia berjuta-juta tahun yang merekodkan sejarah pergerakan kerak bumi di Semenanjung Malaysia. Antara batuan utama yang ditemui ialah metakuarzit, filit dan sabak yang berusia sekitar 300 juta tahun.

Batuan di Tanjung Balau dipercayai telah terbentuk hasil daripada sekurang-kurangnya tiga peristiwa utama melibatkan tekanan dan pergerakan kerak bumi. Peristiwa ini menghasilkan struktur batuan yang kompleks dan unik. Selain itu, kawasan ini turut menampilkan ciri tiupan angin kuat atau “wind stress-features” pada batuan berusia kira-kira 4,500 tahun yang menunjukkan kawasan tersebut pernah mengalami iklim separa kering. Kesemua unsur ini menjadikan Tanjung Balau tapak kajian penting bagi ahli geologi serta pengunjung yang ingin memahami sejarah perubahan bumi dan keunikan geologi tempatan.

Di bawah ini antara gambar-gambar batuan yang sempat aku ambil.









15 comments:

  1. Lama betul ye wujudnya batu2 tu. Kat Lipis pun ada tapak geologi. Penuh dengan tinggalan sejarah.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar-gambar batuan itu. Walaupun sekadar batu tapi ada keunikannya yang tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastinya unik.. Sesuai juga buat tempat bergambar.

      Delete
  3. Subhanallah...
    Terpukau tengok kejadian batuan tu

    ReplyDelete
  4. Cantik tempatnya. Rugi kalau tak ambil gambar banyak-banyak di sini kan. Saya orang Johor pun tak sampai sini lagi. Macam kena letak dalam list. Boleh pergi Muzium sekali.

    ReplyDelete
  5. cantik betul, masyaaALLAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Indah ciptaan Allah yang maha berkuasa.

      Delete
  6. Sy pernah pergi sini sekali... sy memang suka tempatnya... terus teringat kg halaman di Sabah... mmg lawa

    ReplyDelete
  7. Saya selalu penasaran dengan hal2 begini. Kadang ingin tahu juga, bagaimana mereka bisa mengetahui usia bebatuan yg dilihat. Trus 1 lagi, kdg saat menemukan artifak, ada tulisan2 kuno juga tertulis. Beberapa prasasti bahkan diterjemahkan.

    Penasaran, tulisan kuno yg sudah lama dipakai, bahkan tidak dipakai lagi mungkin, tp tetap ada ahli yg bisa paham. Dari mana mereka mempelajarinya yaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada kaedah saintifik tertentu yang boleh menguji usiw batu-batuan.

      Delete
  8. Cantiknya. Tak pernah sampai situ lagi. Ada batuan yang nampak macam perahu lama pun ada, dari gambar.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.