Minggu lalu, aku berpeluang ke Tanjung Balau untuk menghadiri mesyuarat di KEJORA. Aku menginap semalaman di sana dan keesokan harinya menghadiri mesyuarat seperti dijadualkan. Selesai mesyuarat, aku meluangkan masa melawat Muzium Nelayan seterusnya ke Tapak Geologi di Pantai Tanjung Balau yang terletak di belakang muzium tersebut.
Mengikut pembacaan aku pada papan tanda yang terdapat di Tapak Geologi tersebut dapatlah aku rungkaikan geologi ialah kajian saintifik mengenai bumi, termasuk struktur, komposisi dan proses yang membentuk serta mengubahnya. Ia turut melibatkan kajian tentang kehidupan lampau seperti haiwan dan tumbuhan yang pernah wujud di bumi. Geologi membantu kita memahami perubahan bahan, bentuk permukaan dan kehidupan sepanjang sejarah bumi.
Tanjung Balau dikenali sebagai lokasi penting dalam bidang geologi kerana menyimpan pelbagai jenis batuan purba. Kawasan ini mempunyai batu metasedimen berusia berjuta-juta tahun yang merekodkan sejarah pergerakan kerak bumi di Semenanjung Malaysia. Antara batuan utama yang ditemui ialah metakuarzit, filit dan sabak yang berusia sekitar 300 juta tahun.
Batuan di Tanjung Balau dipercayai telah terbentuk hasil daripada sekurang-kurangnya tiga peristiwa utama melibatkan tekanan dan pergerakan kerak bumi. Peristiwa ini menghasilkan struktur batuan yang kompleks dan unik. Selain itu, kawasan ini turut menampilkan ciri tiupan angin kuat atau “wind stress-features” pada batuan berusia kira-kira 4,500 tahun yang menunjukkan kawasan tersebut pernah mengalami iklim separa kering. Kesemua unsur ini menjadikan Tanjung Balau tapak kajian penting bagi ahli geologi serta pengunjung yang ingin memahami sejarah perubahan bumi dan keunikan geologi tempatan.
Di bawah ini antara gambar-gambar batuan yang sempat aku ambil.
Lama betul ye wujudnya batu2 tu. Kat Lipis pun ada tapak geologi. Penuh dengan tinggalan sejarah.
ReplyDeleteOoo. Ada juga ye kat Lipis.
DeleteCantiknya gambar-gambar batuan itu. Walaupun sekadar batu tapi ada keunikannya yang tersendiri.
ReplyDeletePastinya unik.. Sesuai juga buat tempat bergambar.
DeleteSubhanallah...
ReplyDeleteTerpukau tengok kejadian batuan tu
Benar. Indah sungguh ciptaan Allah SWT.
DeleteCantik tempatnya. Rugi kalau tak ambil gambar banyak-banyak di sini kan. Saya orang Johor pun tak sampai sini lagi. Macam kena letak dalam list. Boleh pergi Muzium sekali.
ReplyDeleteYa. Kena masuk list tu..
Deletecantik betul, masyaaALLAH!
ReplyDeleteSubhanallah. Indah ciptaan Allah yang maha berkuasa.
DeleteSy pernah pergi sini sekali... sy memang suka tempatnya... terus teringat kg halaman di Sabah... mmg lawa
ReplyDeleteYa benar. Cantik tempatnya.
DeleteSaya selalu penasaran dengan hal2 begini. Kadang ingin tahu juga, bagaimana mereka bisa mengetahui usia bebatuan yg dilihat. Trus 1 lagi, kdg saat menemukan artifak, ada tulisan2 kuno juga tertulis. Beberapa prasasti bahkan diterjemahkan.
ReplyDeletePenasaran, tulisan kuno yg sudah lama dipakai, bahkan tidak dipakai lagi mungkin, tp tetap ada ahli yg bisa paham. Dari mana mereka mempelajarinya yaa...
Mungkin ada kaedah saintifik tertentu yang boleh menguji usiw batu-batuan.
DeleteCantiknya. Tak pernah sampai situ lagi. Ada batuan yang nampak macam perahu lama pun ada, dari gambar.
ReplyDelete